TEKS BAHASA ARAB
أن رجلا يقال له: أبو الصهباء كان كثير السؤال لابن عباس قال: أما علمت أن الرجل كان إذا طلق امرأته ثلاثا قبل أن يدخل بها جعلوها واحدة على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم وأبي بكر وصدرا من إمارة عمر؟ وقال ابن عباس: بلى كان الرجل إذا طلق امرأته ثلاثا قبل أن يدخل بها جعلوها واحدة على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم، وأبي بكر، وصدرا من إمارة عمر، فلما رأى الناس قد تتابعوا فيها، قال (يعني عمر) : أجيزهن عليهم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Seorang lelaki yang dipanggil sebagai Abu al-Sahbaa merupakan seorang yang banyak bertanya kepada Ibn ‘Abbas RA. Katanya: “Adakah kamu tahu bahawa seorang lelaki apabila dia menceraikan isterinya dengan talak tiga sebelum dia menyetubuhinya, maka mereka menjadikannya sebagai talak satu ketika zaman Rasulullah SAW, Abu Bakar RA dan permulaan pemerintahan Umar RA?”. Kata Ibn ‘Abbas RA: “Ya. Seorang lelaki apabila dia menceraikan isterinya dengan talak tiga sebelum dia menyetubuhinya, maka mereka menjadikannya sebagai talak satu ketika zaman Rasulullah SAW, Abu Bakar RA dan permulaan pemerintahan Umar RA. Namun apabila Umar RA melihat manusia (di zamannya) terlalu cepat melafazkan talak tiga, maka Umar berkata: Aku jadikan talak tiga itu sebagaimana yang dilafazkan (sebagai talak tiga bukan talak satu)”.
STATUS
Munkar dengan lafaz ini
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 920, hadis nombor 4718. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا السياق)
عن طاوس أن رجلا يقال له: ((أبو الصهباء كان كثير السؤال لابن عباس قال: أما علمت أن الرجل كان إذا طلق امرأته ثلاثا قبل أن يدخل بها جعلوها واحدة على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم وأبي بكر وصدرا من إمارة عمر؟ وقال ابن عباس: بلى كان الرجل إذا طلق امرأته ثلاثا قبل أن يدخل بها جعلوها واحدة على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم، وأبي بكر، وصدرا من إمارة عمر، فلما رأى الناس قد تتابعوا فيها، قال (يعني عمر) : أجيزهن عليهم)).
[ د، هق، ((الضعيفة)) (1134)].
(Munkar dengan Lafaz Ini)
Daripada Tawus bahawa seorang lelaki yang dipanggil sebagai Abu al-Sahbaa merupakan seorang yang banyak bertanya kepada Ibn ‘Abbas RA. Katanya: “Adakah kamu tahu bahawa seorang lelaki apabila dia menceraikan isterinya dengan talak tiga sebelum dia menyetubuhinya, maka mereka menjadikannya sebagai talak satu ketika zaman Rasulullah SAW, Abu Bakar RA dan permulaan pemerintahan Umar RA?”. Kata Ibn ‘Abbas RA: “Ya. Seorang lelaki apabila dia menceraikan isterinya dengan talak tiga sebelum dia menyetubuhinya, maka mereka menjadikannya sebagai talak satu ketika zaman Rasulullah SAW, Abu Bakar RA dan permulaan pemerintahan Umar RA. Namun apabila Umar RA melihat manusia (di zamannya) terlalu cepat melafazkan talak tiga, maka Umar berkata: Aku jadikan talak tiga itu sebagaimana yang dilafazkan (sebagai talak tiga bukan talak satu)”.
[Riwayat Abu Dawud dalam Sunan beliau, dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1134].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.