Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Seorang lelaki yang digelar al-Sufyani akan keluar di pedalaman Dimashq, kebanyakan yang akan menurutinya adalah daripada kabilah Kalb

Teks Bahasa Arab

يَخْرُجُ رَجُلٌ يُقالُ لَهُ: السُّفْيانيُّ فِي عُمْقِ دِمَشْقَ، وَعامَّةُ مِنْ يَتْبَعُهُ مِنْ كَلْبٍ ، فَيقْتَلُ؛ حَتَّى يُبْقَرَ بُطونَ النِّساءِ، وَيَقْتُلَ الصِّبْيانَ، فَتَجْمَعَ لَهُمْ قَيْسٌ ، فَيَقْتُلَها؛ حَتَّى لَا يَمْنَعَ ذَنَبَ تَلْعَةٍ، وَيَخْرُجَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي فِي الحُرَّةِ، فَيَبْلُغُ السُّفْيانيُّ، فَيَبْعَثُ إِلَيْهُ جُنْدًا مِنْ جُنْدِهِ، فَيَهْزِمُهُمْ، فَيَسيرُ إِلَيْهُ السُّفْيانيُّ بِمَنْ مَعَهُ؛ حَتَّى إِذَا صَارَ بِبَيْداءُ مِنْ الأَرْضِ، خُسِفَ بِهِمْ فَلَا يَنْجو مِنْهُمْ إِلَّا المُخْبِرُ عَنْهُمْ.

Teks Bahasa Melayu

Seorang lelaki yang digelar al-Sufyani akan keluar di pedalaman Dimashq, kebanyakan yang akan menurutinya adalah daripada kabilah Kalb, dia akan melakukan pembunuhan hinggakan dia mengorek (membelah) perut-perut wanita dan membunuh kanak-kanak lelaki. Kemudian Qais (satu kabilah daripada Bani Mudhar) berkumpul untuk al-Sufyani, lalu dia membunuhnya, mereka ramai hinggakan tidak boleh dihalang air yang keluar daripada saluran air, dan seorang lelaki dalam kalangan ahli baitku akan keluar di al-Hurrah, dia akan sampai ke tempat al-Sufyani, lalu diutuskan kepadanya salah seorang daripada tenteranya, dia pun mengalahkan mereka, lalu al-Sufyani bersama pengikutnya sendiri pergi menemui lelaki itu, apabila di satu tanah lapang (padang pasir) di bumi ini; ditenggelamkan mereka hingga tidak ada yang terselamat kecuali orang yang menceritakan tentang mereka.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1967, hadis no. 9836. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: «يخرج رجل يقال له: السفياني في عمق دمشق، وعامة من يتبعه من كلب، فيقتل؛ حتى يبقر بطون النساء، ويقتل الصبيان، فتجمع لهم قيس، فيقتلها؛ حتى لا يمنع ذنب تلعة، ويخرج رجل من أهل بيتي في الحرة، فيبلغ السفياني، فيبعث إليه جندا من جنده، فيهزمهم، فيسير إليه السفياني بمن معه؛ حتى إذا صار ببيداء من الأرض، خسف بهم فلا ينجو منهم إلا المخبر عنهم». [ك، «الضعيفة» (6520)].

(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Seorang lelaki yang digelar al-Sufyani akan keluar di pedalaman Dimashq, kebanyakan yang akan menurutinya adalah daripada kabilah Kalb, dia akan melakukan pembunuhan hinggakan dia mengorek (membelah) perut-perut wanita dan membunuh kanak-kanak lelaki. Kemudian Qais (satu kabilah daripada Bani Mudhar) berkumpul untuk al-Sufyani, lalu dia membunuhnya, mereka ramai hinggakan tidak boleh dihalang air yang keluar daripada saluran air, dan seorang lelaki dalam kalangan ahli baitku akan keluar di al-Hurrah, dia akan sampai ke tempat al-Sufyani, lalu diutuskan kepadanya salah seorang daripada tenteranya, dia pun mengalahkan mereka, lalu al-Sufyani bersama pengikutnya sendiri pergi menemui lelaki itu, apabila di satu tanah lapang (padang pasir) di bumi ini; ditenggelamkan mereka hingga tidak ada yang terselamat kecuali orang yang menceritakan tentang mereka”. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6520].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.