Seorang lelaki tidak (seharusnya) memotong janggutnya dari bahagian panjangnya, tetapi (seharusnya bermula) daripada dua pelipisnya (rambut di bahagian di antara dahi dan telinga)

TEKS BAHASA ARAB

لا يأخذ الرجل من طول لحيته، ولكن من الصدغين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki tidak (seharusnya) memotong janggutnya dari bahagian panjangnya, tetapi (seharusnya bermula) daripada dua pelipisnya (rambut di bahagian di antara dahi dan telinga).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1624, hadis nombor 8206. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عطاء بن أبي رباح، قال: سمعتُ رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((لا يأخذ الرجل من طول لحيته، ولكن من الصدغين)). [حل، فر- معلقا-، ((الضعيفة)) (3990)]

(Palsu)
Daripada ‘Ata Bin Abi Rabah, beliau berkata bahawa aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Seorang lelaki tidak (seharusnya) memotong janggutnya dari bahagian panjangnya, tetapi (seharusnya bermula) daripada dua pelipisnya (rambut di bahagian di antara dahi dan telinga).))
[Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dan al-Dailami dalam al-Firdaus -secara mu’allaq). Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3990].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs