Seorang lelaki tidak akan faham setiap permasalahan (agama)

TEKS BAHASA ARAB

لا يفقه الرجل كل الفقه حتى يترك مجلس قومه عشية الجمعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki tidak akan faham setiap permasalahan (agama) sehingga dia meninggalkan majlis kaumnya pada petang hari Jumaat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1917 hadis nombor 9632. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عائشة رضي الله عنها، قالت: قال رسول الله ﷺ: لا يفقه الرجل كل الفقه حتى يترك مجلس قومه عشية الجمعة.
[عد، فر، ((الضعيفة)) (5707)]

(Palsu)
Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Seorang lelaki tidak akan faham setiap permasalahan (agama) sehingga dia meninggalkan majlis kaumnya pada petang hari Jumaat.
[Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5980]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs