Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يفقَهُ الرَّجلُ كلَّ الفقْهِ حتَّى يترُكَ مجلسَ قومِهِ عشيَّةَ الجمعةِ.
Teks Bahasa Melayu
Seorang lelaki tidak akan faham setiap permasalahan (agama) sehingga dia meninggalkan majlis kaumnya pada petang hari Jumaat.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1917, hadis no. 9632. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة رضي الله عنها، قالت: قال رسول الله ﷺ: لا يفقه الرجل كل الفقه حتى يترك مجلس قومه عشية الجمعة. [عد، فر، ((الضعيفة)) (5707)]
(Palsu) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Seorang lelaki tidak akan faham setiap permasalahan (agama) sehingga dia meninggalkan majlis kaumnya pada petang hari Jumaat. [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5980]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman