Seorang lelaki telah meninggal dan telah berwasiat kepadaku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

مات رجل وأوصى إلي، فكان فيما أوصى به أم ولده وامرأة حرة، فوقع بين أم الولد والمرأة كلام، فقالت لها المرأة: يا ‌لكاع! غداً يؤخذ بأذنك، فتباعين في السوق، فذكرت ذلك لرسول الله – صلى الله عليه وسلم – فقال: ((لا تباع. [يعني أم الولد])).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki telah meninggal dan telah berwasiat kepadaku, antara perkara yang diwasiatkan kepadaku adalah ummu al-walad (hamba perempuan yang telah melahirkan anak tuannya) dan seorang wanita yang bebas, berlaku dialog di antara ummu al-walad dan juga wanita tersebut. Wanita tersebut berkata: Wahai hamba, esok akan diambil telingamu lalu dijual di pasar. Lalu aku menceritakannya kepada Rasulullah SAW lalu baginda bersabda: ((Dia tidak boleh dijual.))

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 611, hadis nombor 3177. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن خوات بن جبير – رضي الله عنه -، قال: مات رجل وأوصى إلي، فكان فيما أوصى به أم ولده وامرأة حرة، فوقع بين أم الولد والمرأة كلام، فقالت لها المرأة: يا ‌لكاع! غداً يؤخذ بأذنك، فتباعين في السوق، فذكرت ذلك لرسول الله – صلى الله عليه وسلم – فقال: ((لا تباع. [يعني أم الولد])). [طب، قط، هق، ((الضعيفة)) (3993)].

(Lemah)
(Lemah)
Daripada Khawwat bin Jubair RA beliau berkata: Seorang lelaki telah meninggal dan telah berwasiat kepadaku, antara perkara yang diwasiatkan kepadaku adalah ummu al-walad (hamba perempuan yang telah melahirkan anak tuannya) dan seorang wanita yang bebas, berlaku dialog di antara ummu al-walad dan juga wanita tersebut. Wanita tersebut berkata: Wahai hamba, esok akan diambil telingamu lalu dijual di pasar. Lalu aku menceritakannya kepada Rasulullah SAW lalu baginda bersabda: ((Dia tidak boleh dijual.))
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, al-Daraqutni dalam Sunanny dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3993].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.