Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مات رجل وأوصى إلي، فكان فيما أوصى به أم ولده وامرأة حرة، فوقع بين أم الولد والمرأة كلام، فقالت لها المرأة: يا لكاع! غداً يؤخذ بأذنك، فتباعين في السوق، فذكرت ذلك لرسول الله - صلى الله عليه وسلم - فقال: ((لا تباع. [يعني أم الولد])).
Teks Bahasa Melayu
Seorang lelaki telah meninggal dan telah berwasiat kepadaku, antara perkara yang diwasiatkan kepadaku adalah ummu al-walad (hamba perempuan yang telah melahirkan anak tuannya) dan seorang wanita yang bebas, berlaku dialog di antara ummu al-walad dan juga wanita tersebut. Wanita tersebut berkata: Wahai hamba, esok akan diambil telingamu lalu dijual di pasar. Lalu aku menceritakannya kepada Rasulullah SAW lalu baginda bersabda: ((Dia tidak boleh dijual.))
Sahabat Perawi
- Khawwat bin Jubair RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 611, hadis no. 3177. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Khawwat bin Jubair RA beliau berkata: Seorang lelaki telah meninggal dan telah berwasiat kepadaku, antara perkara yang diwasiatkan kepadaku adalah ummu al-walad (hamba perempuan yang telah melahirkan anak tuannya) dan seorang wanita yang bebas, berlaku dialog di antara ummu al-walad dan juga wanita tersebut. Wanita tersebut berkata: Wahai hamba, esok akan diambil telingamu lalu dijual di pasar. Lalu aku menceritakannya kepada Rasulullah SAW lalu baginda bersabda: ((Dia tidak boleh dijual.)) [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, al-Daraqutni dalam Sunanny dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3993].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman