Seorang lelaki telah mengadu tentang Safwan bin al-Mu’attal

TEKS BAHASA ARAB

شکی رجل صفوان بن المعطل إلى رسول الله ﷺ قال: يا رسول الله إن صفوان هجاني، قال: وكان يقول الشعر، فقال: دعوا صفوان ؛ فإن صفوان خبيث اللسان طيب القلب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki telah mengadu tentang Safwan bin al-Mu’attal kepada Rasulullah SAW, beliau berkata: "Wahai Rasulullah sesungguhnya Safwan telah mencaciku (dalam syair)." Perawi menyebut: "Dia (Safwan) mendendangkan syair." Lalu baginda bersabda: "Biarkan Safwan. Sesungguhnya memang Safwan itu buruk lisannya tetapi hatinya baik."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1838, hadis nombor 9265. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن سعد، قال: شکی رجل صفوان بن المعطل إلى رسول الله ﷺ قال: يا رسول الله إن صفوان هجاني، قال: وكان يقول الشعر، فقال: دعوا صفوان ؛ فإن صفوان خبيث اللسان طيب القلب. [الشاشي في (المسند)، الخطيب في (الموضح)، (الضعيفة) (3600)].

(Lemah) Daripada Sa’d berkata, Seorang lelaki telah mengadu tentang Safwan bin al-Mu’attal kepada Rasulullah SAW, beliau berkata: "Wahai Rasulullah sesungguhnya Safwan telah mencaciku (dalam syair)." Perawi menyebut: "Dia (Safwan) mendendangkan syair." Lalu baginda bersabda: "Biarkan Safwan. Sesungguhnya memang Safwan itu buruk lisannya tetapi hatinya baik." [Riwayat al-Syasyi dalam al-Musnad, al-Khatib dalam al-Muwaddih. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3600]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs