Seorang lelaki telah mencemuh Abu Bakar Al-Siddiq

TEKS BAHASA ARAB

استطال رجل على أبي بكر الصديق ورسول الله صلى الله عليه وسلم جالس وأبو بكر ساكت فلما أكثر انتصر أبو بكر فقام رسول الله صلى الله عليه وسلم فأتبعه أبو بكر فقال: يا رسول الله استطال علي وأنت ساكت فلما انتصرت قمت فقال: يا أبا بكر ثلاث اعلم أنهن حق: ما عفا امرؤ عن مظلمة إلا زاده الله بها عزا وما فتح رجل على نفسه باب مسألة يبتغي بها كثرة إلا زاده الله بها فقرا وما فتح رجل على نفسه باب صدقة يبتغي بها وجه الله إلا زاده الله كثرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki telah mencemuh Abu Bakar Al-Siddiq dan dalam masa yang sama, Rasulullah SAW duduk di sampingnya. Abu Bakar pula senyap sahaja, tetapi apabila terlampau banyak cemuhan, Abu Bakar menjawab cemuhan tersebut. Kemudian Rasulullah SAW bangun dan Abu Bakar mengikuti baginda. Beliau bertanya: Wahai Rasulullah, aku dicemuh dan engkau diam. Ketika mana aku menjawab semula engkau bangun. Baginda SAW bersabda: Wahai Abu Bakar, ketahuilah ada tiga perkara yang benar: Seorang lelaki yang memaafkan satu kezaliman, Allah SWT akan menambahkan kemuliaannya. Seorang lelaki yang sentiasa meminta-minta, Allah akan menambahkan kefakirannya dan seorang lelaki yang bersedekah semata-mata mengharapkan reda Allah, Allah akan memberinya rezeki yang banyak.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 909, hadis nombor 4650. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: استطال رجل على أبي بكر الصديق ورسول الله صلى الله عليه وسلم جالس وأبو بكر ساكت فلما أكثر انتصر أبو بكر فقام رسول الله صلى الله عليه وسلم فأتبعه أبو بكر فقال: يا رسول الله استطال علي، وأنت ساكت فلما انتصرت قمت فقال: يا أبا بكر ثلاث اعلم أنهن حق: ما عفا امرؤ عن مظلمة إلا زاده الله بها عزا وما فتح رجل على نفسه باب مسألة يبتغي بها كثرة إلا زاده الله بها فقرا وما فتح رجل على نفسه باب صدقة يبتغي بها وجه الله إلا زاده الله كثرة. [هب, الضعيفة (7159)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata,: Seorang lelaki telah mencemuh Abu Bakar Al-Siddiq dan dalam masa yang sama, Rasulullah SAW duduk di sampingnya. Abu Bakar pula senyap sahaja, tetapi apabila terlampau banyak cemuhan, Abu Bakar menjawab cemuhan tersebut. Kemudian Rasulullah SAW bangun dan Abu Bakar mengikuti baginda. Beliau bertanya: Wahai Rasulullah, aku dicemuh dan engkau diam. Ketika mana aku menjawab semula engkau bangun. Baginda SAW bersabda: Wahai Abu Bakar, ketahuilah ada tiga perkara yang benar: Seorang lelaki yang memaafkan satu kezaliman, Allah SWT akan menambahkan kemuliaannya. Seorang lelaki yang sentiasa meminta-minta, Allah akan menambahkan kefakirannya dan seorang lelaki yang bersedekah semata-mata mengharapkan reda Allah, Allah akan memberinya rezeki yang banyak. [Al-Baihaqi didalam Syu’ab Al-Iman, Al-Dhaifah, No: 7159]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs