Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu dia bertanya kepada Baginda tentang amalan yang terbaik

TEKS BAHASA ARAB

إن رجلا جاء إلى النبي ﷺ فسأله عن أفضل الأعمال. فقال رسول الله ﷺ: الصلاة. ثم قال: مه؟ قال: الصلاة. ثم قال: مه؟ قال: الصلاة ثلاث مرات. فلما غلب عليه قال رسول الله ﷺ: الجهاد في سبيل الله. قال الرجل: فإن لي والدين. قال ﷺ: آمرك بالوالدين خيرا.قال: والذي بعثك بالحق نبيا لأجاهدنّ ولأتركهما. قال: أنت أعلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu dia bertanya kepada Baginda tentang amalan yang terbaik. Rasulullah SAW bersabda: Solat. Kemudian dia bertanya: Kemudian apa? Baginda bersabda: Solat. Kemudian dia bertanya lagi; Kemudian apa? Baginda bersabda: Solat. Baginda mengatakan perkara tersebut sebanyak tiga kali. Apabila lelaki tersebut mula tidak berpuas hati, Rasulullah SAW bersabda: Jihad di jalan Allah. Lelaki itu berkata: Aku masih mempunyai kedua orang tua lagi. Baginda SAW bersabda: Aku memerintahkan kamu untuk berbuat baik terhadap kedua ibu bapa kamu. Lelaki itu menjawab: Demi Allah yang mengutuskan dirimu dengan kebenaran, aku pasti akan berjihad dan meninggalkan mereka berdua. Baginda SAW bersabda: Kamu lebih mengetahui.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1014, hadis nombor 5219. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبدالله بن عمرو رضي الله عنهما قال: إن رجلا جاء إلى النبي ﷺ فسأله عن أفضل الأعمال. فقال رسول الله ﷺ: الصلاة. ثم قال: مه؟ قال: الصلاة. ثم قال: مه؟ قال: الصلاة ثلاث مرات. فلما غلب عليه قال رسول الله ﷺ: الجهاد في سبيل الله. قال الرجل: فإن لي والدين. قال ﷺ: آمرك بالوالدين خيرا قال: والذي بعثك بالحق نبيا لأجاهدنّ ولأتركهما. قال: أنت أعلم. [حب, حم, الضعيفة (5819)]

(Munkar) Daripada Abdullah bin ‘Amru RA, beliau berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu dia bertanya kepada Baginda tentang amalan yang terbaik. Rasulullah SAW bersabda: Solat. Kemudian dia bertanya: Kemudian apa? Baginda bersabda: Solat. Kemudian dia bertanya lagi; Kemudian apa? Baginda bersabda: Solat. Baginda mengatakan perkara tersebut sebanyak tiga kali. Apabila lelaki tersebut mula tidak berpuas hati, Rasulullah SAW bersabda: Jihad di jalan Allah. Lelaki itu berkata: Aku masih mempunyai kedua orang tua lagi. Baginda SAW bersabda: Aku memerintahkan kamu untuk berbuat baik terhadap kedua ibu bapa kamu. Lelaki itu menjawab: Demi Allah yang mengutuskan dirimu dengan kebenaran, aku pasti akan berjihad dan meninggalkan mereka berdua. Baginda SAW bersabda: Kamu lebih mengetahui. [Riwayat Ibn Hibban dalam Sahih beliau, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5819]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs