Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن رجلا جاء إلى النبي ﷺ فسأله عن أفضل الأعمال. فقال رسول الله ﷺ: الصلاة. ثم قال: مه؟ قال: الصلاة. ثم قال: مه؟ قال: الصلاة ثلاث مرات. فلما غلب عليه قال رسول الله ﷺ: الجهاد في سبيل الله. قال الرجل: فإن لي والدين. قال ﷺ: آمرك بالوالدين خيرا.قال: والذي بعثك بالحق نبيا لأجاهدنّ ولأتركهما. قال: أنت أعلم.
Teks Bahasa Melayu
Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu dia bertanya kepada Baginda tentang amalan yang terbaik. Rasulullah SAW bersabda: Solat. Kemudian dia bertanya: Kemudian apa? Baginda bersabda: Solat. Kemudian dia bertanya lagi; Kemudian apa? Baginda bersabda: Solat. Baginda mengatakan perkara tersebut sebanyak tiga kali. Apabila lelaki tersebut mula tidak berpuas hati, Rasulullah SAW bersabda: Jihad di jalan Allah. Lelaki itu berkata: Aku masih mempunyai kedua orang tua lagi. Baginda SAW bersabda: Aku memerintahkan kamu untuk berbuat baik terhadap kedua ibu bapa kamu. Lelaki itu menjawab: Demi Allah yang mengutuskan dirimu dengan kebenaran, aku pasti akan berjihad dan meninggalkan mereka berdua. Baginda SAW bersabda: Kamu lebih mengetahui.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1014, hadis no. 5219. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبدالله بن عمرو رضي الله عنهما قال: إن رجلا جاء إلى النبي ﷺ فسأله عن أفضل الأعمال. فقال رسول الله ﷺ: الصلاة. ثم قال: مه؟ قال: الصلاة. ثم قال: مه؟ قال: الصلاة ثلاث مرات. فلما غلب عليه قال رسول الله ﷺ: الجهاد في سبيل الله. قال الرجل: فإن لي والدين. قال ﷺ: آمرك بالوالدين خيرا قال: والذي بعثك بالحق نبيا لأجاهدنّ ولأتركهما. قال: أنت أعلم. [حب, حم, الضعيفة (5819)]
(Munkar) Daripada Abdullah bin ‘Amru RA, beliau berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu dia bertanya kepada Baginda tentang amalan yang terbaik. Rasulullah SAW bersabda: Solat. Kemudian dia bertanya: Kemudian apa? Baginda bersabda: Solat. Kemudian dia bertanya lagi; Kemudian apa? Baginda bersabda: Solat. Baginda mengatakan perkara tersebut sebanyak tiga kali. Apabila lelaki tersebut mula tidak berpuas hati, Rasulullah SAW bersabda: Jihad di jalan Allah. Lelaki itu berkata: Aku masih mempunyai kedua orang tua lagi. Baginda SAW bersabda: Aku memerintahkan kamu untuk berbuat baik terhadap kedua ibu bapa kamu. Lelaki itu menjawab: Demi Allah yang mengutuskan dirimu dengan kebenaran, aku pasti akan berjihad dan meninggalkan mereka berdua. Baginda SAW bersabda: Kamu lebih mengetahui. [Riwayat Ibn Hibban dalam Sahih beliau, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5819]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman