Seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW dengan binatang buruan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

عن أبي رزين قال: جاء رجل إلى النبي – صلى الله عليه وسلم – بصيد، فقال: إني رميته من الليل فأعياني، ووجدت سهمي فيه من الغد، وقد عرفت سهمي فقال: (الليل خلق من خلق الله عز وجل عظيم، لعله أعانك عليه (يعني: الصيد) شيء؟ انبذها عنك).


TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Abi Razin, beliau berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW dengan binatang buruan lalu dia berkata: Sesungguhnya aku memanahnya pada waktu malam maka aku kepenatan dan aku mendapati anak panahku padanya setelah keesokan harinya dan aku mengetahui ia adalah anak panahku. Lalu Baginda bersabda: “Malam itu adalah satu ciptaan daripada ciptaan Allah azza wajalla yang agung. Boleh jadi ada sesuatu menolong kau (dalam membunuh buruan itu)? Buangkan ia daripadamu."


STATUS

Munkar


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1696, hadis nombor 8547. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abu Razin ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Abu Dawud dalam Marasil dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra.

Ia dinilai munkar oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon