Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عن أبي رزين قال: جاء رجل إلى النبي - صلى الله عليه وسلم - بصيد، فقال: إني رميته من الليل فأعياني، ووجدت سهمي فيه من الغد، وقد عرفت سهمي فقال: (الليل خلق من خلق الله عز وجل عظيم، لعله أعانك عليه (يعني: الصيد) شيء؟ انبذها عنك).
Teks Bahasa Melayu
Daripada Abi Razin, beliau berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW dengan binatang buruan lalu dia berkata: Sesungguhnya aku memanahnya pada waktu malam maka aku kepenatan dan aku mendapati anak panahku padanya setelah keesokan harinya dan aku mengetahui ia adalah anak panahku. Lalu Baginda bersabda: “Malam itu adalah satu ciptaan daripada ciptaan Allah azza wajalla yang agung. Boleh jadi ada sesuatu menolong kau (dalam membunuh buruan itu)? Buangkan ia daripadamu."
Sahabat Perawi
- Abu Razin
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1696, hadis no. 8547. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat Abu Dawud dalam Marasil dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman