TEKS BAHASA ARAB
استطال رجل على أبي بكر الصديق، ورسول اللہ ﷺ جالس، وأبو بكر ساكت، فلها أكثر انتصر أبو بكر فقام رسول اللہ ﷺ فأتبعه أبو بكر فقال: يا رسول الله استطال علي، وأنت ساكت فلمَّا انتصرت قمت! فقال: «يا أبا بكرا ثلاث اعلم أنهن حق: مات عفا امرؤ عن مظلمة إلا زاده الله بها عزا، وما فتح رجل على نفسه باب مسألة يبتغي بها كثرة إلا زاده الله بها فقراً، وما فتح رجل على نفسه باب صدقة يبتغي بها وجه الله إلا زاده الله كثرة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Seorang lelaki menyerang Abu Bakr al-Siddiq, ketika itu Rasulullah SAW sedang duduk, Abu Bakr berdiam sahaja. Apabila lelaki itu semakin galak menyerang Abu Bakr membalas lalu Rasulullah SAW berdiri dan diikuti oleh Abu Bakr dan berkata: Wahai Rasulullah dia telah menyerangku, sedang engkau berdiam, selepas aku mahu membalas engkau bangun! Baginda bersabda: Wahai Abu Bakr! Tiga perkara yang aku tahu akan kebenarannya: Tidaklah seseorang itu memaafkan kezaliman kecuali Allah akan menambahkan kemuliaan, tidaklah seorang lelaki meminta-minta kerana inginkan harta yang banyak kecuali Allah akan menambahkan kefakiran baginya, tidaklah seorang lelaki bersedekah kerana Allah kecuali Allah akan melimpahkan harta yang banyak kepadanya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 641, hadis nombor 3322. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه "، قال: استطال رجل على أبي بكر الصديق، ورسول اللہ ﷺ جالس، وأبو بكر ساكت، فلها أكثر انتصر أبو بكر فقام رسول اللہ ﷺ فأتبعه أبو بكر فقال: يا رسول الله استطال علي، وأنت ساكت قلها انتصرت قمت! فقال: «يا أبا بكرا ثلاث اعلم أنهن حق: مات عفا امرؤ عن مظلمة إلا زاده الله بها عزا، وما فتح رجل على نفسه باب مسألة يبتغي بها كثرة إلا زاده الله بها فقراً، وما فتح رجل على نفسه باب صدقة يبتغي بها وجه الله إلا زاده الله كثرة). [مب، الضعيفة» (7159)].
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Seorang lelaki menyerang Abu Bakr al-Siddiq, ketika itu Rasulullah SAW sedang duduk, Abu Bakr berdiam sahaja. Apabila lelaki itu semakin galak menyerang Abu Bakr membalas lalu Rasulullah SAW berdiri dan diikuti oleh Abu Bakr dan berkata: Wahai Rasulullah dia telah menyerangku, sedang engkau berdiam, selepas aku mahu membalas engkau bangun! Baginda bersabda: Wahai Abu Bakr! Tiga perkara yang aku tahu akan kebenarannya: Tidaklah seseorang itu memaafkan kezaliman kecuali Allah akan menambahkan kemuliaan, tidaklah seorang lelaki meminta-minta kerana inginkan harta yang banyak kecuali Allah akan menambahkan kefakiran baginya, tidaklah seorang lelaki bersedekah kerana Allah kecuali Allah akan melimpahkan harta yang banyak kepadanya.” [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7159].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.