Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
استطال رجل على أبِي بكرٍ الصديقِ، ورَسولِ اللهِ ﷺ جالسٌ، وأبو بكرٍ ساكت،فلما أكثرانتَصرَ أبو بكرٍ فقام رسولُ اللَّهِ ﷺ فأتبعه أبو بكر فقال: يا رسول الله استطالَ علَى، وأنت ساكتٌ فلمَّا انْتصرتَ قمت! فقال: « يا أبا بكرٍ ثلاثٌ اعلمْ أنهنَّ حقٌّ : ما عفا امرؤٌ عن مظلمةٍ إلا زادهُ اللهُ بها عزًّا ، وما فتحَ رجلٌ على نفسِهِ بابَ مسألةٍ يبتغي بها كثرةً إلا زادهُ اللهُ بها فقرًا ، وما فتحَ رجلٌ على نفسِهِ بابَ صدقةٍ يبتغي بها وجهَ اللهِ إلا زادهُ اللهُ كثرةً.
Teks Bahasa Melayu
Seorang lelaki menyerang Abu Bakr al-Siddiq, ketika itu Rasulullah SAW sedang duduk, Abu Bakr berdiam sahaja. Apabila lelaki itu semakin galak menyerang Abu Bakr membalas lalu Rasulullah SAW berdiri dan diikuti oleh Abu Bakr dan berkata: Wahai Rasulullah dia telah menyerangku, sedang engkau berdiam, selepas aku mahu membalas engkau bangun! Baginda bersabda: Wahai Abu Bakr! Tiga perkara yang aku tahu akan kebenarannya: Tidaklah seseorang itu memaafkan kezaliman kecuali Allah akan menambahkan kemuliaan, tidaklah seorang lelaki meminta-minta kerana inginkan harta yang banyak kecuali Allah akan menambahkan kefakiran baginya, tidaklah seorang lelaki bersedekah kerana Allah kecuali Allah akan melimpahkan harta yang banyak kepadanya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 641, hadis no. 3322. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Seorang lelaki menyerang Abu Bakr al-Siddiq, ketika itu Rasulullah SAW sedang duduk, Abu Bakr berdiam sahaja. Apabila lelaki itu semakin galak menyerang Abu Bakr membalas lalu Rasulullah SAW berdiri dan diikuti oleh Abu Bakr dan berkata: Wahai Rasulullah dia telah menyerangku, sedang engkau berdiam, selepas aku mahu membalas engkau bangun! Baginda bersabda: Wahai Abu Bakr! Tiga perkara yang aku tahu akan kebenarannya: Tidaklah seseorang itu memaafkan kezaliman kecuali Allah akan menambahkan kemuliaan, tidaklah seorang lelaki meminta-minta kerana inginkan harta yang banyak kecuali Allah akan menambahkan kefakiran baginya, tidaklah seorang lelaki bersedekah kerana Allah kecuali Allah akan melimpahkan harta yang banyak kepadanya.” [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7159].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman