TEKS BAHASA ARAB
اطلع رجل من جحر بابي، ومعي مدرى؛ فوثبت فطعنت به في عينه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Seorang lelaki mengintai dari lubang pintuku, dan di tanganku ada sikat. Lalu aku pun melompat dan aku mencucuk matanya dengan menggunakan sikat tersebut.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 231, hadis nombor 1227. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن سهل بن سعد – رضي الله عنه – أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((اطلع رجل من جحر بابي، ومعي مدرى؛ فوثبت فطعنت به في عينه)). [عد، ((الضعيفة)) (6078)]
(Munkar)
Daripada Sahl bin Sa’d RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang lelaki mengintai dari lubang pintuku, dan di tanganku ada sikat. Lalu aku pun melompat dan aku mencucuk matanya dengan menggunakan sikat tersebut.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6078]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.