Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
شَكَا رَجُلٌ قِلَّةَ الْوَلَدِ فَأَمَرَهُ أَنْ يَأْكُلَ الْبَيْضَ وَالْبَصَلَ.
Teks Bahasa Melayu
Seorang lelaki mengadu kerana kurangnya anak. Maka Nabi memerintahkannya untuk makan telur dan bawang.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 131. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
«شَكَا رَجُلٌ قِلَّةَ الْوَلَدِ فَأَمَرَهُ أَنْ يَأْكُلَ الْبَيْضَ وَالْبَصَلَ» مَوْضُوعٌ بِلَا شكّ،
“Seorang lelaki mengadu kerana kurangnya anak. Maka Nabi memerintahkannya untuk makan telur dan bawang.” Hadith ini adalah hadith yang palsu tanpa ragu lagi.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman