Seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah bahawa dia keseorangan

TEKS BAHASA ARAB

 شَكَا رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْوَحْدَةَ فَقَالَ لَهُ: لَوِ اتَّخَذْتَ زَوْجًا مِنْ حَمَامٍ فَآنَسَكَ وَأَصَبْتَ مِنْ فِرَاخِهِ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah bahawa dia keseorangan (kesepian), lalu baginda bersabda kepadanya: ‘Jika kamu ambil isteri daripada burung merpati, nescaya kamu akan melupakan kesepian berkenaan. Dan ia akan memenuhi kekosonganmu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Antara ciri lain hadis palsu ialah hadis-hadis tentang burung merpati. Tidak ada satu pun yang sahih.
Seperti hadis: …

شَكَا رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْوَحْدَةَ فَقَالَ لَهُ: لَوِ اتَّخَذْتَ زَوْجًا مِنْ حَمَامٍ فَآنَسَكَ وَأَصَبْتَ مِنْ فِرَاخِهِ
“Seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah bahawa dia keseorangan (kesepian), lalu baginda bersabda kepadanya: ‘Jika kamu ambil isteri daripada burung merpati, nescaya kamu akan melupakan kesepian berkenaan. Dan ia akan memenuhi kekosonganmu.”
————————————————————
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:

Direkodkan oleh Ibnu ‘Adi di dalam al-Kamil (6/2410), al-Khatib di dalam Tarikh Baghdad (5/199), Abu Nu’aim di dalam Hilyatul Auliya’ (5/216) daripada jalan Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at (3/146-147). Ibnu Jauzi berpendapat (Hadis ini tidak ada padanya kesahihan). Kemudian, beliau menghurai lanjut. Rujuk: al-Fawaid al-Majmu’ah (ms 173).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon