Seorang lelaki mempunyai seorang pembantu perempuan untuk menjaga kambingnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أن رجلا كانت له جارية في غنم ترعاها، وكانت شاة صفي يعني: غزيرة في غنمه تلك، فأراد أن يعطيها نبي الله صلى الله عليه وسلم، فجاء السبع، فانتزع ضرعها، فغضب الرجل، فصك وجه جاريته، فجاء نبي الله صلى الله عليه وسلم فذكر ذلك له، وذكر أنها كانت عليه رقبة مؤمنة وافية، قد هم أن يجعلها إياها حين صكها، فقال له النبي صلى الله عليه وسلم: ايتني بها، فسألها النبي صلى الله عليه وسلم: أتشهدين أن لا إله إلا الله؟ قالت: نعم، وأن محمدا رسول الله؟ قالت: نعم، وأن الموت والبعث حق؟ قالت: نعم، وأن الجنة والنار حق؟ قالت: نعم، فلما فرغ، قال: أعتق أو أمسك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ada seorang lelaki yang mempunyai seorang pembantu perempuan untuk menjaga kambingnya dan terdapat seekor kambing yang sangat bagus (yang mempunyai banyak susu) dalam kalangan kambingnya itu. Maka, lelaki itu hendak memberikannya kepada Nabi Allah SAW. Lalu datanglah seekor binatang buas, kemudian ia menerkam kantung susuan kambing tersebut sehingga tercabut. Lelaki itu marah (akan hal itu) lalu menampar muka pembantu perempuannya itu. Maka, Nabi Allah SAW datang dan dia pun memberitahukan perkara itu kepada baginda. Dia memberitahu bahawa dia mempunyai seorang hamba perempuan yang merupakan seorang yang beriman, lagi sempurna yang mana dia berkeinginan untuk membebaskannya pada saat dia telah menamparnya. Maka Nabi SAW berkata kepadanya: “Bawalah dia (hamba itu) kepadaku”. Lalu Nabi SAW bertanya kepadanya (hamba itu): “Adakah kamu bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah?” Dia menjawab: Ya. “Dan Muhammad itu utusan Allah?” Dia menjawab: Ya. “Dan sesungguhnya kematian dan kebangkitan itu benar?” Dia menjawab: Ya. “Dan sesungguhnya syurga dan neraka itu benar?” Dia menjawab: Ya. Setelah selesai, baginda berkata: “Bebaskanlah dia atau peganglah dia (pilihan)”.

STATUS

Munkar dengan tambahan: "atau peganglah"

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1774, hadis nombor 8931. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بزيادة: "أو أمسك") عن عطاء: أن رجلا كانت له جارية في غنم ترعاها، وكانت شاة صفي -يعني: غزيرة- في غنمه تلك، فأراد أن يعطيها نبي الله صلى الله عليه وسلم: فجاء السبع، فانتزع ضرعها، فغضب الرجل؛ فصك وجه جاريته، فجاء نبي الله صلى الله عليه وسلم فذكر ذلك له، وذكر أنها كانت عليه رقبة مؤمنة وافية، قد هم أن يجعلها إياها حين صكها، فقال له النبي صلى الله عليه وسلم: ((ايتني بها)). فسألها النبي صلى الله عليه وسلم: ((أتشهدين أن لا إله إلا الله؟)) قالت: نعم. ((وأن محمدا رسول الله؟)) قالت: نعم. ((وأن الموت والبعث حق؟)) قالت: نعم. ((وأن الجنة والنار حق؟)) قالت: نعم. فلما فرغ؛ قال: ((أعتق أو أمسك)). قلت: أثبت هذا؟ قال: نعم؛ وزعموا. وحدثنيه أبو الزبير. فولدت بعد ذلك في قريش. [عب، ((الضعيفة)) (6565)]

(Munkar dengan tambahan: “atau peganglah”)
Daripada ‘Aṭā’ bahawasanya ada seorang lelaki yang mempunyai seorang pembantu perempuan untuk menjaga kambingnya dan terdapat seekor kambing yang sangat bagus (yang mempunyai banyak susu) dalam kalangan kambingnya itu. Maka, lelaki itu hendak memberikannya kepada Nabi Allah SAW. Lalu datanglah seekor binatang buas, kemudian ia menerkam kantung susuan kambing tersebut sehingga tercabut. Lelaki itu marah (akan hal itu) lalu menampar muka pembantu perempuannya itu. Maka, Nabi Allah SAW datang dan dia pun memberitahukan perkara itu kepada baginda. Dia memberitahu bahawa dia mempunyai seorang hamba perempuan yang merupakan seorang yang beriman, lagi sempurna yang mana dia berkeinginan untuk membebaskannya pada saat dia telah menamparnya. Maka Nabi SAW berkata kepadanya: “Bawalah dia (hamba itu) kepadaku”. Lalu Nabi SAW bertanya kepadanya (hamba itu): “Adakah kamu bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah?” Dia menjawab: Ya. “Dan Muhammad itu utusan Allah?” Dia menjawab: Ya. “Dan sesungguhnya kematian dan kebangkitan itu benar?” Dia menjawab: Ya. “Dan sesungguhnya syurga dan neraka itu benar?” Dia menjawab: Ya. Setelah selesai, baginda berkata: “Bebaskanlah dia atau peganglah dia (pilihan)”. Kemudian aku bertanya: Adakah (hadis) ini tepat? Dia menjawab: Ya. Itulah yang mereka dakwakan. Abū al-Zubair telah menceritakannya kepadaku. Selepas itu, dia (perempuan itu) telah melahirkan (zuriat) dalam kalangan Quraisy.
[Riwayat ‘Abd al-Razzāq dalam al-Muṣannaf. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6565]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.