Seorang lelaki melaknat seekor kutu di sisi Nabi SAW

TEKS BAHASA ARAB

أن رجلا لعن برغوثا عند النبي صلى الله عليه وسلم، فقال: لا تلعنه؛ فإنه أيقظ نبيا من الأنبياء للصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawa seorang lelaki melaknat seekor kutu di sisi Nabi SAW lalu baginda berkata: “Janganlah kamu melaknatnya kerana sesungguhnya ia membangunkan nabi daripada kalangan para Nabi untuk mendirikan solat.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1712, hadis nombor 8609. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس بن مالك: أَنَّ رَجُلاً لَعَنَ بُرْغُوثاً عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: (لَا تَلْعَنْهُ، – يعني: البُرْغُوثَ – (وفي رواية: لا تَسُبُّه) ، فَإِنَّهُ أَيْقَظَ نَبِيّاً مِنَ الْأَنْبِيَاءِ لِلصَّلَاةِ. (وفي روايةٍ لصلاةِ الفجرِ)).
[خد، ع، البزار، عق، عد، ابن الجوزي في ((العلل المتناهية))، الدولابي، ابن حبان في ((الضعفاء))، الطبراني في ((الدعاء))، البيهقي في ((البعث))، ((الضعيفة)) (6409)]

(Lemah)
Daripada Anas Bin Malik RA bahawa seorang lelaki melaknat seekor kutu di sisi Nabi SAW lalu baginda berkata: “Janganlah kamu melaknatnya (Dalam riwayat: Janganlah kamu mengejinya). Ini kerana sesungguhnya ia membangunkan nabi daripada kalangan para Nabi untuk mendirikan solat (dalam riwayat yang lain, untuk bangun solat subuh).”
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Musnad Abi Ya’la, al-Bazzar, al-’Uqaili dalam al-Du’afa', Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil , Ibn al-Jawzi dalam al-Ilal Al-Muntahiyah, al-Dolabi, Ibn Hibban dalam al-Du’afa', al-Tabarani dalam al-Du'a dan al-Baihaqi dalam al-Bi’thu. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6409]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs