Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أنَّ رجلًا لعنَ برغوثًا عندَ النَّبيِّ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ فقالَ: لا تلعَنهُ فإنَّهُ أيقظَ نبيًّا منَ الأنبياءِ للصَّلاةِ.
Teks Bahasa Melayu
Bahawa seorang lelaki melaknat seekor kutu di sisi Nabi SAW lalu baginda berkata: “Janganlah kamu melaknatnya kerana sesungguhnya ia membangunkan nabi daripada kalangan para Nabi untuk mendirikan solat.”
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1712, hadis no. 8609. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك: أَنَّ رَجُلاً لَعَنَ بُرْغُوثاً عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: (لَا تَلْعَنْهُ، - يعني: البُرْغُوثَ - (وفي رواية: لا تَسُبُّه) ، فَإِنَّهُ أَيْقَظَ نَبِيّاً مِنَ الْأَنْبِيَاءِ لِلصَّلَاةِ. (وفي روايةٍ لصلاةِ الفجرِ)). [خد، ع، البزار، عق، عد، ابن الجوزي في ((العلل المتناهية))، الدولابي، ابن حبان في ((الضعفاء))، الطبراني في ((الدعاء))، البيهقي في ((البعث))، ((الضعيفة)) (6409)]
(Lemah) Daripada Anas Bin Malik RA bahawa seorang lelaki melaknat seekor kutu di sisi Nabi SAW lalu baginda berkata: “Janganlah kamu melaknatnya (Dalam riwayat: Janganlah kamu mengejinya). Ini kerana sesungguhnya ia membangunkan nabi daripada kalangan para Nabi untuk mendirikan solat (dalam riwayat yang lain, untuk bangun solat subuh).” [Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Musnad Abi Ya’la, al-Bazzar, al-’Uqaili dalam al-Du’afa', Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil , Ibn al-Jawzi dalam al-Ilal Al-Muntahiyah, al-Dolabi, Ibn Hibban dalam al-Du’afa', al-Tabarani dalam al-Du'a dan al-Baihaqi dalam al-Bi’thu. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6409]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman