Hadis ini tidak dinilai oleh Albani. Syeikh Masyhur menghukumkannya sebagai Sahih.

30/06/2024

minit bacaan



Seorang lelaki masuk berjumpa ahli keluarganya, lalu dia melihat mereka dalam keadaan memerlukan

Teks Bahasa Arab

واللهِ لأن يأتيَ أحدُكم صبيرًا ثمَّ يحمِلُه يبيعُه فيستعِفُّ منه خيرٌ له من أن يأتيَ رجلًا فيسألَه.

Teks Bahasa Melayu

Seorang lelaki masuk berjumpa ahli keluarganya, lalu dia melihat mereka dalam keadaan memerlukan, lalu dia keluar ke luar dan apabila isterinya melihatnya, dia pergi ke tempat batu penggiling lalu meletakkannya (batu di atas penggiling), kemudian dia ke tempat pembakar lalu menyalakannya, lalu dia berkata: “Ya Allah berikanlah rezeki kepada kami! Lalu dia melihat bekas air sudah berisi. Dia (perawi) berkata: Lalu dia pergi ke tempat pembakar lalu dia mendapatinya juga berisi (makanan). Dia (perawi) berkata: Lalu sang suami pulang dan berkata: Kamu sudah mendapati selepas (pemergianku) sesuatu? Isterinya berkata: Ya, dari Tuhan kita. Lalu dia ke tempat batu penggiling lalu mengangkatnya, lalu dia (sang suami) menyebutkannya kepada Nabi SAW?! Baginda bersabda: "Jika dia tidak mengangkatnya, nescaya ia akan terus berpusing sehingga ke hari kiamat." Aku menyaksikan Nabi SAW bersabda: "Demi Allah! Jika salah seorang daripada kalian datang ke bukit, dia memikul kayu darinya, menjualnya dan merasa cukup darinya adalah lebih baik dari dia mendatangi seorang lelaki dan meminta-minta darinya."

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Hadis ini tidak dinilai oleh Albani. Syeikh Masyhur menghukumkannya sebagai Sahih.

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 626, hadis no. 3259. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: ((دخل رجل على أهله، فلما رأى ما بهم من الحاجة؛ خرج إلى البرية، فلما رأت امرأته؛ قامت إلى الرحى فوضعتها، وإلى التنور فسجرته، ثم قالت: اللهم ارزقنا! فنظرت؛ فإذا الجفنة قد امتلأت، قال: وذهبت إلى التنور فوجدته ممتلئاً. قال: فرجع الزوج قال: أصبتم بعدي شيئاً؟ قالت امرأته: نعم؛ من ربنا؛ فأم إلى الرحى [فرفعها] ؛ فذكر ذلك للنبي - صلى الله عليه وسلم - فقال: أما إنه لو لم يرفعها؛ لم تزل تدور إلى يوم القيامة. شهدت النبي - صلى الله عليه وسلم - وهو يقول: والله! لأن يأتي أحدكم صبيراً، ثم يحمله؛ يبيعه فيستعف منه؛ خير له من أن يأتي رجلاً يسأله)). [حم، ((الضعيفة)) (5406)].

(Tidak Pasti) Daripada Abu Hurairah RA berkata: “Seorang lelaki masuk berjumpa ahli keluarganya, lalu dia melihat mereka dalam keadaan memerlukan, lalu dia keluar ke luar dan apabila isterinya melihatnya, dia pergi ke tempat batu penggiling lalu meletakkannya (batu di atas penggiling), kemudian dia ke tempat pembakar lalu menyalakannya, lalu dia berkata: “Ya Allah berikanlah rezeki kepada kami! Lalu dia melihat bekas air sudah berisi. Dia (perawi) berkata: Lalu dia pergi ke tempat pembakar lalu dia mendapatinya juga berisi (makanan). Dia (perawi) berkata: Lalu sang suami pulang dan berkata: Kamu sudah mendapati selepas (pemergianku) sesuatu? Isterinya berkata: Ya, dari Tuhan kita. Lalu dia ke tempat batu penggiling lalu mengangkatnya, lalu dia (sang suami) menyebutkannya kepada Nabi SAW?! Baginda bersabda: "Jika dia tidak mengangkatnya, nescaya ia akan terus berpusing sehingga ke hari kiamat." Aku menyaksikan Nabi SAW bersabda: "Demi Allah! Jika salah seorang daripada kalian datang ke bukit, dia memikul kayu darinya, menjualnya dan merasa cukup darinya adalah lebih baik dari dia mendatangi seorang lelaki dan meminta-minta darinya.” [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5406].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.