Seorang lelaki lebih berhak dengan pemberiannya tidak dibalas daripadanya (oleh penerima hadiah)

TEKS BAHASA ARAB

الرجل أحق بهبته ما لم يثب منها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki lebih berhak dengan pemberiannya tidak dibalas daripadanya (oleh penerima hadiah).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 65, hadis nombor 296. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((الرجل أحق بهبته ما لم يثب منها)). [هـ، هق، ((الضعيفة)) (3656)].

(Lemah)
Daripada Abū Hurayrah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((
Seorang lelaki lebih berhak dengan pemberiannya tidak dibalas daripadanya (oleh penerima hadiah).))
[Riwayat Ibn Mājah dalam Sunannya, al-Bayhaqī dalam Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3656].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs