Seorang lelaki keluar dari Tahiyah untuk berhijrah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

خرج رجل من ( طاحية ) مهاجرا يقال له: (بيرح بن أسد)، فقدم المدينة بعد وفاة رسول الله – صلى الله عليه وسلم – بأيام، فرآه عمر – رضي الله عنه -، فعلم أنه غريب، فقال له: من أنت؟ قال: من أهل (عمان)؟ قال: نعم، فأخذ بيده، فأدخله على أبي بكر – رضي الله عنه -، فقال: هذا من الأرض التي سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((إني لأعلم أرضا يقال لها: عمان؛ ينضح بناحيتها البحر، بها حي من العرب، لو أتاهم رسولي؛ ما رموه بسهم ولا حجر)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki keluar dari Tahiyah untuk berhijrah. Dia dikenali sebagai: (Bairah bin Asad). Dia datang ke Madinah setelah kewafatan Rasulullah SAW. Tatkala ‘Umar RA melihatnya, dia tahu bahawa orang tersebut ialah warga asing. Maka ‘Umar bertanya kepadanya: "Siapakah kamu?" Adakah kamu dari keluarga (Oman)?" Dia menjawab: "Ya." Maka diambil tangannya untuk dibawa masuk bertemu Abu Bakar RA. ‘Umar pun berkata: "Orang ini datang dari negeri yang aku dengar Rasulullah SAW bersabda (mengenainya): Sesungguhnya aku tahu satu negeri yang dipanggil: Oman, lautan mengalir di sebelahnya dan padanya ada orang Arab. Kalau utusanku datang kepada mereka, mereka tidak akan melemparkan anak panah mahupun batu kepadanya."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1892, hadis nombor 9521. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي لبيد، قال: خرج رجل من (طاحية) مهاجرا يقال له: (بيرح بن أسد)، فقدم المدينة بعد وفاة رسول الله – صلى الله عليه وسلم – بأيام، فرآه عمر – رضي الله عنه -، فعلم أنه غريب، فقال له: من أنت؟ قال: من أهل (عمان)؟ قال: نعم، فأخذ بيده، فأدخله على أبي بكر – رضي الله عنه -، فقال: هذا من الأرض التي سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((إني لأعلم أرضا يقال لها: عمان؛ ينضح بناحيتها البحر، بها حي من العرب، لو أتاهم رسولي؛ ما رموه بسهم ولا حجر)). [حم، الحارث، ع، الضياء، عق، ((الضعيفة)) (5174)].

(Lemah) Daripada Abu Labid berkata: Seorang lelaki keluar dari Tahiyah untuk berhijrah. Dia dikenali sebagai: (Bairah bin Asad). Dia datang ke Madinah setelah kewafatan Rasulullah SAW. Tatkala ‘Umar RA melihatnya, dia tahu bahawa orang tersebut ialah warga asing. Maka ‘Umar bertanya kepadanya: "Siapakah kamu?" Adakah kamu dari keluarga (Oman)?" Dia menjawab: "Ya." Maka diambil tangannya untuk dibawa masuk bertemu Abu Bakar RA. ‘Umar pun berkata: "Orang ini datang dari negeri yang aku dengar Rasulullah SAW bersabda (mengenainya): Sesungguhnya aku tahu satu negeri yang dipanggil: Oman, lautan mengalir di sebelahnya dan padanya ada orang Arab. Kalau utusanku datang kepada mereka, mereka tidak akan melemparkan anak panah mahupun batu kepadanya." [Riwayat Ahmad, al-Harith, Abu Ya'la dalam Musnadnya, al-Dhiya', dan al-'Uqayli dalam al-Du'afa' al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5174]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.