Seorang lelaki keluar berhijrah dari Tahiah, dia dipanggil Bairah bin Asad, lalu dia datang ke Madinah selepas kewafatan Rasulullah SAW beberapa hari

TEKS BAHASA ARAB

إني لأعلم أرضا يقال لها: عمان؛ ينضح بناحيتها البحر، بها حي من العرب، لو أتاهم رسولي؛ ما رموه بسهم ولا حجر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku mengetahui ada suatu bumi yang dipanggil: Oman. Ada di penjurunya laut, padanya ada kawasan Arab. Jika mereka didatangi oleh utusanku, mereka tidak akan melemparnya dengan panah mahupun batu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 749, hadis nombor 3836. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي لبيد، قال: خرج رجل من (طاحية) مهاجرا يقال له: (بيرح بن أسد)، فقدم المدينة بعد وفاة رسول الله ﷺ بأيام، فرآه عمر -رضي الله عنه-، فعلم أنه غريب، فقال له: من أنت؟ قال: من أهل (عمان)؟ قال: نعم، فأخذ بيده، فأدخله على أبي بكر – رضي الله عنه – ، فقال : هذا من الأرض التي سمعت رسول الله ﷺ يقول: «إني لأعلم أرضا يقال لها: عمان؛ ينضح بناحيتها البحر، بها حي من العرب، لو أتاهم رسولي؛ ما رموه بسهم ولا حجر».
[حم، ع، الحارث، الضياء، عق، «الضعيفة» (5174)].

(Lemah)
Daripada Abu Labid berkata: Seorang lelaki keluar berhijrah dari Tahiah, dia dipanggil Bairah bin Asad, lalu dia datang ke Madinah selepas kewafatan Rasulullah SAW beberapa hari. Lalu Umar RA melihatnya dan mengetahui bahawa dia adalah seorang yang asing. Dia berkata kepadanya: Siapakah kamu? Dari penduduk Oman? Dia berkata: Ya, lalu Umar mengambil tangannya dan membawanya masuk berjumpa dengan Abu Bakar RA dan berkata: lelaki ini adalah dari bumi yang aku dengar Rasulullah SAW bersabda: “Aku mengetahui ada suatu bumi yang dipanggil: Oman. Ada di penjurunya laut, padanya ada kawasan Arab. Jika mereka didatangi oleh utusanku, mereka tidak akan melemparnya dengan panah mahupun batu.”
[Riwayat Musnad Ahmad bin Hanbal, Musnad Abi Ya’la, Ibn Abi Usamah dalam musnadnya, al-Dhiya’ dalam al-Mukhtarah, al-Dhuafa’ al-Kabir oleh al-‘Uqaili. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5174].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.