Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إني لأعلمُ أرضًا يقال لها: عُمانُ؛ ينضح بناحيتها البحرُ؛ بها حيٌّ من العربِ، لو أتاهم رسولي؛ ما رموه بسهمٍ ولا حجرٍ.
Teks Bahasa Melayu
Aku mengetahui ada suatu bumi yang dipanggil: Oman. Ada di penjurunya laut, padanya ada kawasan Arab. Jika mereka didatangi oleh utusanku, mereka tidak akan melemparnya dengan panah mahupun batu.
Sahabat Perawi
- Abu Labid
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 749, hadis no. 3836. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Daripada Abu Labid berkata: Seorang lelaki keluar berhijrah dari Tahiah, dia dipanggil Bairah bin Asad, lalu dia datang ke Madinah selepas kewafatan Rasulullah SAW beberapa hari. Lalu Umar RA melihatnya dan mengetahui bahawa dia adalah seorang yang asing. Dia berkata kepadanya: Siapakah kamu? Dari penduduk Oman? Dia berkata: Ya, lalu Umar mengambil tangannya dan membawanya masuk berjumpa dengan Abu Bakar RA dan berkata: lelaki ini adalah dari bumi yang aku dengar Rasulullah SAW bersabda: “Aku mengetahui ada suatu bumi yang dipanggil: Oman. Ada di penjurunya laut, padanya ada kawasan Arab. Jika mereka didatangi oleh utusanku, mereka tidak akan melemparnya dengan panah mahupun batu.” [Riwayat Musnad Ahmad bin Hanbal, Musnad Abi Ya’la, Ibn Abi Usamah dalam musnadnya, al-Dhiya’ dalam al-Mukhtarah, al-Dhuafa’ al-Kabir oleh al-‘Uqaili. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5174].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman