TEKS BAHASA ARAB
الرجل أحق بصدر دابته وفراشه، والصلاة في بيته؛ إلا إماماً يجتمع الناس [عليه].
TEKS BAHASA MALAYSIA
Seorang lelaki itu lebih berhak terhadap bahagian permukaan haiwan tunggangannya dan juga katilnya, serta melaksanakan solat di dalam rumahnya, melainkan seorang pemimpin negara yang mana orang ramai berhimpun mengiktirafnya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 65, hadis nombor 295. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن فاطمة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((الرجل أحق بصدر دابته وفراشه، والصلاة في بيته؛ إلا إماماً يجتمع الناس [عليه])). [طب، ابن حجر في ((الأربعين العاليات))، ((الضعيفة)) (3655)].
(Lemah)
Daripada Fāṭimah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Seorang lelaki itu lebih berhak terhadap bahagian permukaan haiwan tunggangannya dan juga katilnya, serta melaksanakan solat di dalam rumahnya, melainkan seorang pemimpin negara yang mana orang ramai berhimpun mengiktirafnya.))
[Riwayat al-Tabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, dan Ibn Ḥajar dalam al-Arba‘īn al-‘Āliyāt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3655].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.