Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الرَّجلُ أحقُّ بصدرِ دابَّتِهِ وفراشِهِ والصَّلاةِ في بيتِهِ؛ إلَّا إمامًا يجتَمعُ النَّاسُ [علَيهِ].
Teks Bahasa Melayu
Seorang lelaki itu lebih berhak terhadap bahagian permukaan haiwan tunggangannya dan juga katilnya, serta melaksanakan solat di dalam rumahnya melainkan pemimpin negara yang mana orang ramai berhimpun mengiktirafnya.
Sahabat Perawi
- Fāṭimah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 65, hadis no. 295. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن فاطمة - رضي الله عنها - مرفوعا: ((الرجل أحق بصدر دابته وفراشه، والصلاة في بيته؛ إلا إماماً يجتمع الناس [عليه])). [طب، ابن حجر في ((الأربعين العاليات))، ((الضعيفة)) (3655)].
(Daif) Daripada Fāṭimah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Seorang lelaki itu lebih berhak terhadap bahagian permukaan haiwan tunggangannya dan juga katilnya, serta melaksanakan solat di dalam rumahnya, melainkan pemimpin negara yang mana orang ramai berhimpun mengiktirafnya.)) [Riwayat al-Tabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, dan Ibn Ḥajar dalam al-Arba‘īn al-‘Āliyāt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3655].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman