Seorang lelaki itu lebih berhak dengan bahagian permukaan haiwan tunggangannya dan tempat tidurnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الرجل أحق بصدر دابته وفراشه، والصلاة في بيته؛ إلا إماما يجتمع الناس عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki itu lebih berhak dengan bahagian permukaan haiwan tunggangannya dan tempat tidurnya, serta solat di dalam rumahnya. Melainkan seorang imam (khalifah) yang mana orang ramai menyokongnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 281 – 282, hadis nombor 1465. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن فاطمة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((الرجل أحق بصدر دابته وفراشه، والصلاة في بيته؛ إلا إماما يجتمع الناس عليه)).
[طب، ابم حجر في ((الأربعين العاليات))، ((الضعيفة)) (3655)]

(Lemah) Daripada Fatimah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Seorang lelaki itu lebih berhak dengan bahagian permukaan haiwan tunggangannya dan tempat tidurnya, serta solat di dalam rumahnya. Melainkan seorang imam (khalifah) yang mana orang ramai menyokongnya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn Hajar dalam al-Arbain al-‘Aliyaat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3655]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.