Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الرَّجلُ أحقُّ بصدرِ دابَّتِهِ وفراشِهِ والصَّلاةِ في بيتِهِ؛ إلَّا إمامًا يجتَمعُ النَّاسُ [ علَيهِ ].
Teks Bahasa Melayu
Seorang lelaki itu lebih berhak dengan bahagian permukaan haiwan tunggangannya dan tempat tidurnya, serta solat di dalam rumahnya. Melainkan seorang imam (khalifah) yang mana orang ramai menyokongnya.
Sahabat Perawi
- Fatimah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 281 - 282, hadis no. 1465. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن فاطمة - رضي الله عنها - مرفوعا: ((الرجل أحق بصدر دابته وفراشه، والصلاة في بيته؛ إلا إماما يجتمع الناس عليه)). [طب، ابم حجر في ((الأربعين العاليات))، ((الضعيفة)) (3655)]
(Daif) Daripada Fatimah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Seorang lelaki itu lebih berhak dengan bahagian permukaan haiwan tunggangannya dan tempat tidurnya, serta solat di dalam rumahnya. Melainkan seorang imam (khalifah) yang mana orang ramai menyokongnya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn Hajar dalam al-Arbain al-‘Aliyaat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3655]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman