Seorang lelaki itu berdiri untuk seorang lelaki

TEKS BAHASA ARAB

يقوم الرجل للرجل، إلا بني هاشم؛ فإنهم لا يقومون لأحد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki itu berdiri untuk seorang lelaki, kecuali Bani Hashim. Kerana mereka tidak berdiri untuk sesiapa pun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 171, hadis nombor 861. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي أمامة -رضي الله عنه- مرفوعا: يقوم الرجل للرجل، إلا بني هاشم؛ فإنهم لا يقومون لأحد.
[طب، أبو جعفر الرزاز في ((ستة مجالس من الأمالي))، ((الضعيفة)) (345)]

(Palsu)
Daripada Abu Umamah – Raḍiyallāhu ‘anhu – secara Marfu’: Seorang lelaki itu berdiri untuk seorang lelaki, kecuali Bani Hashim. Kerana mereka tidak berdiri untuk sesiapa pun.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu Ja’far al-Razzaz dalam Sittatu Majalis min al-Amali. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 345]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs