Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يقومُ الرَّجلُ للرَّجلِ، إلَّا بني هاشمٍ؛ فإنَّهم لا يَقومونَ لأَحدٍ.
Teks Bahasa Melayu
Seorang lelaki itu berdiri untuk seorang lelaki, kecuali Bani Hashim. Kerana mereka tidak berdiri untuk sesiapa pun.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 171, hadis no. 861. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي أمامة -رضي الله عنه- مرفوعا: يقوم الرجل للرجل، إلا بني هاشم؛ فإنهم لا يقومون لأحد. [طب، أبو جعفر الرزاز في ((ستة مجالس من الأمالي))، ((الضعيفة)) (345)]
(Palsu) Daripada Abu Umamah - Raḍiyallāhu ‘anhu - secara Marfu’: Seorang lelaki itu berdiri untuk seorang lelaki, kecuali Bani Hashim. Kerana mereka tidak berdiri untuk sesiapa pun. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu Ja’far al-Razzaz dalam Sittatu Majalis min al-Amali. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 345]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman