Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Seorang lelaki harus merapikan janggut dan rambutnya jika ingin keluar

Teks Bahasa Arab

ينبغي للرجل - إذا خرجَ إلى أصحابه - أن يُهَيِّئ من لحيتِه ورأسِه؛ فإن اللهَ جميلٌ يحبُ الجمالَ.

Teks Bahasa Melayu

Seorang lelaki harus merapikan janggut dan rambutnya jika ingin keluar bertemu sahabat. Sesungguhnya Allah itu Maha Cantik dan suka akan kecantikan.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1945, hadis no. 9747. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة رضي الله عنها قالت: خرج رسول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إلى صلاة العصر، فمر بركية فيها ماء، فاطلع فيها، فسوى من لحيته ومن رأسه، فقالت عائشة: أوأنت تفعل هذا يا رسول الله؟! فقال: ينبغي للرجل - إذا خرجَ إلى أصحابه - أن يُهَيِّئ من لحيتِه ورأسِه؛ فإن اللهَ جميلٌ يحبُ الجمالَ. [عد، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (6291)]

(Sangat Lemah) Daripada Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW keluar untuk menunaikan solat Asar. Baginda melintasi satu lubang yang mengandungi air. Lalu Baginda melihat ke dalam lubang tersebut. Kemudian Baginda merapikan janggut dan rambut. Aisyah berkata: Adakah kamu yang melakukan ini? Baginda bersabda: Seorang lelaki harus merapikan janggut dan rambutnya jika ingin keluar bertemu sahabat. Sesungguhnya Allah itu Maha Cantik dan suka akan kecantikan. [Riwayat Imam Ibn ‘Adi dalam al-Kamil dan Riwayat Imam Ibn Jauzi dalam kitab ‘Ilal. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6291]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.