Seorang lelaki dimasukkan di dalam kuburnya, kemudian datang dua orang malaikat berkata kepadanya: Sesungguhnya kami akan memukul kamu dengan satu pukulan.

TEKS BAHASA ARAB

أدخل رجل في قبره، فأتاه ملكان، فقالا له: إنا ضاربوك ضربة، فقال لهما: على ما تضرباني؟ فضرباه ضربة امتلأ قبره منها نارا، فتركاه حتى أفاق، وذهب عنه الرعب، فقال لهما: على ما ضربتماني؟ فقالا: إنك صليت صلاة وأنت على غير طهور، ومررت برجل مظلوم ولم تنصره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki dimasukkan di dalam kuburnya, kemudian datang dua orang malaikat berkata kepadanya: Sesungguhnya kami akan memukul kamu dengan satu pukulan. Lalu lelaki itu bertanya: Untuk apa kamu memukulku? Kemudian mereka memukulnya sehingga kuburnya penuh dengan api lalu ditinggalkannya sehingga dia sedar kembali dan hilang daripadanya ketakutan. Kemudian dia bertanya kepada mereka: Untuk apa kamu memukulku? Mereka pun menjawab: Sesungguhnya kamu melakukan solat dalam keadaan kamu tidak suci dan kamu melalui orang yang dizalimi tetapi kamu tidak membantunya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1727, hadis nombor 8687. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- قال: سمعنا النبي -صلى الله عليه وسلم- يقول: ((أدخل رجل في قبره، فأتاه ملكان، فقالا له: إنا ضاربوك ضربة، فقال لهما: على ما تضرباني؟ فضرباه ضربة امتلأ قبره منها نارا، فتركاه حتى أفاق، وذهب عنه الرعب، فقال لهما: على ما ضربتماني؟ فقالا: إنك صليت صلاة وأنت على غير طهور، ومررت برجل مظلوم ولم تنصره.)) [طب، ((الضعيفة)) (2188)].

(Lemah)
Daripada Ibnu Umar RA beliau berkata: Kami telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Seorang lelaki dimasukkan di dalam kuburnya, kemudian datang dua orang malaikat berkata kepadanya: Sesungguhnya kami akan memukul kamu dengan satu pukulan. Lalu lelaki itu bertanya: Untuk apa kamu memukulku? Kemudian mereka memukulnya sehingga kuburnya penuh dengan api lalu ditinggalkannya sehingga dia sedar kembali dan hilang daripadanya ketakutan. Kemudian dia bertanya kepada mereka: Untuk apa kamu memukulku? Mereka pun menjawab: Sesungguhnya kamu melakukan solat dalam keadaan kamu tidak suci dan kamu melalui orang yang dizalimi tetapi kamu tidak membantunya.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2188].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs