Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أُدْخِلَ رجلٌ في قبرِه، فأتاه مَلَكانِ، فقالا له: إنَّا ضارِبُوكَ ضَرْبَةً، فقال لهما: على ما تَضْرِبَانِي؟ فضَرَباهُ ضَرْبَةً امتلأ قبرُه منها نارًا، فتَرَكَاهُ حتى أَفَاقَ، وذهب عنه الرُّعْبُ، فقال لهما: على ما ضَرَبْتُمَانِي؟ فقالا: إنك صَلَّيْتَ صلاةً وأنت على غيرِ طُهُورٍ، ومَرَرْتَ برجلٍ مظلومٍ ولم تَنْصُرْهُ.
Teks Bahasa Melayu
Seorang lelaki dimasukkan di dalam kuburnya, kemudian datang dua orang malaikat berkata kepadanya: Sesungguhnya kami akan memukul kamu dengan satu pukulan. Lalu lelaki itu bertanya: Untuk apa kamu memukulku? Kemudian mereka memukulnya sehingga kuburnya penuh dengan api lalu ditinggalkannya sehingga dia sedar kembali dan hilang daripadanya ketakutan. Kemudian dia bertanya kepada mereka: Untuk apa kamu memukulku? Mereka pun menjawab: Sesungguhnya kamu melakukan solat dalam keadaan kamu tidak suci dan kamu melalui orang yang dizalimi tetapi kamu tidak membantunya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1727, hadis no. 8687. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- قال: سمعنا النبي -صلى الله عليه وسلم- يقول: ((أدخل رجل في قبره، فأتاه ملكان، فقالا له: إنا ضاربوك ضربة، فقال لهما: على ما تضرباني؟ فضرباه ضربة امتلأ قبره منها نارا، فتركاه حتى أفاق، وذهب عنه الرعب، فقال لهما: على ما ضربتماني؟ فقالا: إنك صليت صلاة وأنت على غير طهور، ومررت برجل مظلوم ولم تنصره.)) [طب، ((الضعيفة)) (2188)].
(Lemah) Daripada Ibnu Umar RA beliau berkata: Kami telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Seorang lelaki dimasukkan di dalam kuburnya, kemudian datang dua orang malaikat berkata kepadanya: Sesungguhnya kami akan memukul kamu dengan satu pukulan. Lalu lelaki itu bertanya: Untuk apa kamu memukulku? Kemudian mereka memukulnya sehingga kuburnya penuh dengan api lalu ditinggalkannya sehingga dia sedar kembali dan hilang daripadanya ketakutan. Kemudian dia bertanya kepada mereka: Untuk apa kamu memukulku? Mereka pun menjawab: Sesungguhnya kamu melakukan solat dalam keadaan kamu tidak suci dan kamu melalui orang yang dizalimi tetapi kamu tidak membantunya.)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2188].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman