Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW. Maka mereka mula menyebutkan keburukan lelaki ini

TEKS BAHASA ARAB

أن رجلا أقبل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فأثنوا عليه شرا فرحب به النبي صلى الله عليه وسلم، فلما قفى قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن شر الناس منزلة عند الله يوم القيامة، من يخاف الناس شره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW. Maka mereka mula menyebutkan keburukan lelaki ini, tetapi Nabi SAW tetap mengalu-alukannya. Sebaik sahaja dia beredar, Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah SWT pada hari kiamat ialah mereka yang orang ramai takut terhadap kejahatannya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 124, hadis nombor 635. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: أن رجلاً أقبل إلى رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فأثنوا عليه شراً. فرحب به النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. فلما قفَّى، قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إن شَرِّ النَّاسِ مَنْزِلَةً عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ يخافُ الناسُ شَرَّه. [طس، عد، الضعيفة (6361)]

(Sangat Lemah) Daripada Anas ibn Mālik RA telah berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW. Maka mereka mula menyebutkan keburukan lelaki ini, tetapi Nabi SAW tetap mengalu-alukannya. Sebaik sahaja dia beredar, Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah SWT pada hari kiamat adalah mereka yang orang ramai takut terhadap kejahatannya. [Diriwayatkan oleh al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ dan Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6361]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs