Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW. Maka mereka mula menyebutkan keburukan lelaki ini

Teks Bahasa Arab

أن رجلاً أقبل إلى رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فأثنوا عليه شراً، فرحب به النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فلما قفَّى، قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إن شَرِّ النَّاسِ مَنْزِلَةً عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، مَنْ يخافُ الناسُ شَرَّه)).

Teks Bahasa Melayu

Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW. Maka mereka mula menyebutkan keburukan lelaki ini, tetapi Nabi SAW tetap mengalu-alukannya. Sebaik sahaja dia beredar, Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah SWT pada hari kiamat ialah mereka yang orang ramai takut terhadap kejahatannya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 124, hadis no. 635. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: أن رجلاً أقبل إلى رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فأثنوا عليه شراً. فرحب به النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. فلما قفَّى، قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إن شَرِّ النَّاسِ مَنْزِلَةً عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ يخافُ الناسُ شَرَّه. [طس، عد، الضعيفة (6361)]

(Terlalu Daif) Daripada Anas ibn Mālik RA telah berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW. Maka mereka mula menyebutkan keburukan lelaki ini, tetapi Nabi SAW tetap mengalu-alukannya. Sebaik sahaja dia beredar, Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah SWT pada hari kiamat adalah mereka yang orang ramai takut terhadap kejahatannya. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ dan Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6361]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.