Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
دخل رجل إلى رسول الله صلى الله عليه والله وسلم وهو في المسجد قاعد، فتزحزح له رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال الرجل: يا رسول الله! إن في المكان سعة، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: (( إنَّ للمسلمِ حقًّا إذا رآهُ أخوهُ أن يَتزحزحَ لهُ)).
Teks Bahasa Melayu
Seorang lelaki datang bertemu dengan Rasulullah SAW ketika baginda sedang duduk di dalam masjid. Kemudian Rasulullah SAW pun beralih tempat untuk memberi ruang kepada lelaki tersebut. Lelaki itu pun berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya tempat ini luas. Nabi S.A.W bersabda: “Sesungguhnya bagi seorang muslim itu ada haknya, apabila dia melihat saudaranya, maka dia akan beralih tempatnya (untuk memberi ruang) kepadanya”.
Sahabat Perawi
- Watsilah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 151, hadis no. 759. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن واثلة - رضي الله عنه -، قال: دخل رجل إلى رسول الله صلى الله عليه والله وسلم وهو في المسجد قاعد، فتزحزح له رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال الرجل: يا رسول الله! إن في المكان سعة، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: ((إن للمسلم حقاً إذا رآه آخوه أنْ يتزحْزحَ له)). [هب، ((الضعيفة)) (7117)]
(Munkar) Daripada Watsilah RA beliau berkata: Seorang lelaki datang bertemu dengan Rasulullah SAW ketika baginda sedang duduk di dalam masjid. Kemudian Rasulullah SAW pun beralih tempat untuk memberi ruang kepada lelaki tersebut. Lelaki itu pun berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya tempat ini luas. Nabi S.A.W bersabda: “Sesungguhnya bagi seorang muslim itu ada haknya, apabila dia melihat saudaranya, maka dia akan beralih tempatnya (untuk memberi ruang) kepadanya”. [Diriwayatkan dalam Syu’ab al-Iman oleh al- Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7117]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman