Seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah SAW lalu berkata kepadanya: Kepada siapa harus aku berikan sedekah hartaku?

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

جاء رجل إلى رسول صلى الله عليه وسلم فقال له: إلى من أؤدي صدقة مالي؟ قال: ((إلي)). قال: فإن لم أجدك؟ قال: ((إلى أبي بكر)). قال فإن لم أجده؟ قال: ((إلى عمر)). قال: فإن لم أجده؛ قال: ((إلى عثمان)). ثم ولى منصرفا، فقال النبي صلى الله عليه وسلم :((هؤلاء الخلفاء من بعدي. يعني: الخلفاء الثلاثة)). روى من حديث سفينة، وقطبة بن مالك، وعائشة، وأبي هرير ة-رضي الله عنهم-.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah SAW lalu beliau bertanya kepada baginda: Kepada siapa harus aku berikan sedekah hartaku? Baginda bersabda: “Kepadaku.” Dia berkata: Jika aku tidak menjumpaimu? Baginda bersabda: “Kepada Abu Bakr.” Dia berkata: Jika aku tidak menjumpainya? Baginda bersabda: “Kepada Umar”. Dia berkata: Jika aku tidak menjumpainya? Baginda bersabda: “Kepada Uthman”. Kemudian dia berlalu pergi. Lalu Nabi SAW bersabda: “Mereka adalah khalifah selepasku.” Diriwayatkan dari hadis Safinah, Qutbah bin Malik, Aisyah dan juga Abu Hurairah RA.

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 851-852, hadis nombor 4364. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) أبي بكرة -رضي الله عنه-، قال: جاء رجل إلى رسول صلى الله عليه وسلم فقال له: إلى من أؤدي صدقة مالي؟ قال: ((إلي)). قال: فإن لم أجدك؟ قال: ((إلى أبي بكر)). قال فإن لم أجده؟ قال: ((إلى عمر)). قال: فإن لم أجده؛ قال: ((إلى عثمان)). ثم ولى منصرفا، فقال النبي صلى الله عليه وسلم :((هؤلاء الخلفاء من بعدي. يعني: الخلفاء الثلاثة)). روى من حديث سفينة، وقطبة بن مالك، وعائشة، وأبي هرير ة-رضي الله عنهم-. [أبي نعيم في ((أخبار أصبهان))، عد، ابن الجوزي في ((العلل))، ابن حبان في ((الضعفاء))، البيهقي في ((الدلائل))، ابن أبي عاصم، هق، ك، ((الضعيفة)) (6191)].

(Munkar)
Daripada Abu Bakrah RA berkata: Seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah SAW lalu beliau bertanya kepada baginda: Kepada siapa harus aku berikan sedekah hartaku? Baginda bersabda: “Kepadaku.” Dia berkata: Jika aku tidak menjumpaimu? Baginda bersabda: “Kepada Abu Bakr.” Dia berkata: Jika aku tidak menjumpainya? Baginda bersabda: “Kepada Umar”. Dia berkata: Jika aku tidak menjumpainya? Baginda bersabda: “Kepada Uthman”. Kemudian dia berlalu pergi. Lalu Nabi SAW bersabda: “Mereka adalah khalifah selepasku.” Diriwayatkan dari hadis Safinah, Qutbah bin Malik, Aisyah dan juga Abu Hurairah RA.
[Riwayat Abu Nuaim dalam Akhbar Asbahan, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, Ibn al-Jauzi dalam al-Ilal, Ibn Hibban dalam al-Dhuafa’, Ibn Hibban dalam al-Dhuafa’, al-Baihaqi dalam al-Dalail, Ibn Abi Asim dalam al-Sunnah, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dan al-Hakim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6191].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.