Seorang lelaki daripada kalangan Quraisy telah mematahkan gigi seorang lelaki

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

دق رجل من قريش سن رجل من الأنصار، فاستعدى عليه معاوية، فقال لمعاوية: يا أمير المؤمنين! إن هذا دق سني، قال معاوية: إنا سنرضيك، وألح الآخر على معاوية، فأبرمه، فلم يرضه، فقال له معاوية: شأنك بصاحبك، وأبو الدرداء جالس عنده، فقال أبو الدرداء: سمعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول: ما من رجل يصاب بشيء في جسده، فيتصدق به؛ إلا رفعه الله به درجة، وحط عنه به خطيئة. قال الأنصاري: أأنت سمعته من رسول الله -صلى الله عليه وسلم-؟ قال: سمعته أذناي، ووعاه قلبي، قال: فإني أذرها له، قال معاوية: لا جرم لا أخيبك، فأمر له بمال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki daripada kalangan Quraisy telah mematahkan gigi seorang lelaki daripada kalangan Ansar. Lalu orang itu pun mengadu kepada Mu’awiyah. Dia berkata kepada Mu’awiyah: Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya orang ini telah mematahkan gigi aku. Mu’awiyah berkata: Sesungguhnya kami akan cuba memuaskan hati kamu. Maka lelaki yang lagi satu itu merayu Mu’awiyah, dan dia membosankannya, dan beliau tidak meredainya. Mu’awiyah pun berkata kepadanya: Ia terpulang kepada sahabat kamu ini. Dan Abu Al-Darda’ sedang duduk di sisinya. Kemudian Abu Al-Darda’ berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Tidak ada seorang lelaki yang ditimpa sesuatu pada jasadnya, lalu dia bersedekah dengannya (memaafkannya) melainkan Allah akan mengangkat darjatnya serta memadamkan dosanya”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 82, hadis nombor 411. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي السفر، قال: دق رجل من قريش سن رجل من الأنصار، فاستعدى عليه معاوية، فقال لمعاوية: يا أمير المؤمنين! إن هذا دق سنّي، قال معاوية: إنا سنرضيك، وألحّ الآخر على معاوية، فأبرمه، فلم يرضه، فقال له معاوية: شأنك بصاحبك، وأبو الدرداء جالس عنده، فقال أبو الدرداء: سمعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول: ما مِن رجل يصاب بشيءٍ في جسده، فيتصدّق به؛ إلا رفعه الله به درجةً، وحطّ عنه به خطيئةً. قال الأنصاري: أأنت سمعته من رسول الله -صلى الله عليه وسلم-؟ قال: سمعته أذناي، ووعاه قلبي، قال: فإني أذرها له، قال معاوية: لا جرم لا أخيبك، فأمر له بمال.
[ت، ه، حم، ((الضعيفة)) (4482)]

(Lemah)
Daripada Abu Al-Safar, beliau berkata: Seorang lelaki dari kalangan Quraisy telah mematahkan gigi seorang lelaki dari kalangan Ansar. Lalu orang itu pun mengadu kepada Mu’awiyah. Dia berkata kepada Mu’awiyah: Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya orang ini telah mematahkan gigi aku. Mu’awiyah berkata: Sesungguhnya kami akan cuba memuaskan hati kamu. Maka lelaki yang lagi satu itu merayu Mu’awiyah, dan dia membosankannya, dan beliau tidak meredainya. Mu’awiyah pun berkata kepadanya: Ia terpulang kepada sahabat kamu ini. Dan Abu Al-Darda’ sedang duduk di sisinya. Kemudian Abu Al-Darda’ berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Tidak ada seorang lelaki yang ditimpa sesuatu pada jasadnya, lalu dia bersedekah dengannya (memaafkannya) melainkan Allah akan mengangkat darjatnya serta memadamkan dosanya”.
[Riwayat Al-Tirmizi dan Ibn Majah dalam Sunannya serta Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4482]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.