TEKS BAHASA ARAB
يدخل عليكم رجل من أهل الجنة فدخل سعد، قال ذلك في ثلاثة أيام، كل ذلك يدخل سعد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Seorang lelaki daripada kalangan ahli syurga akan datang kepada kamu. Kemudian masuklah Sa’ad. Baginda menyebutkan perkara yang sama selama tiga hari berturut-turut, kesemuanya dimasuki oleh Sa’ad.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1968, hadis nombor 9638. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: قال ﷺ: «يدخل عليكم رجل من أهل الجنة»، فدخل سعد، قال ذلك في ثلاثة أيام، كل ذلك يدخل سعد.
[البزار، «الضعيفة» (6772)].
(Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA, dia berkata: Baginda SAW bersabda: “Seorang lelaki daripada kalangan ahli syurga akan datang kepada kamu.” Kemudian masuklah Sa’ad. Baginda menyebutkan perkara yang sama selama tiga hari berturut-turut, kesemuanya dimasuki oleh Sa’ad.
[Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6772].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.