Seorang lelaki daripada Bani Israel membunuh sembilan puluh tujuh nyawa, lalu dia pergi kepada seorang rahib

TEKS BAHASA ARAB

قتل رجل من بني إسرائيل سبعة وتسعين ‌نفسا فذهب إلى ‌راهب، فقال: إني قتلت سبعة وتسعين ‌نفسا فهل تجد لي من توبة؟ قال: لا، فقتل الراهب. ثم ذهب إلى ‌راهب آخر، فقال: إني قتلت ثمانية وتسعين ‌نفسا، فهل تجد لي من توبة؟ قال: لا، فقتله، ثم ذهب إلى الثالث، فقال: إني قتلت تسعة وتسعين ‌نفسا منهم راهبان، فهل تجد لي من توبة؟ فقال: لقد عملت شرا ولئن قلت: إن الله ليس بغفور رحيم لقد كذبت فتب إلى الله، قال: أما أنا فلا أفارقك بعد قولك هذا، فلزمه على أن لا يعصيه فكان يخدمه في ذلك، وهلك يوما رجل والثناء عليه قبيح، فلما دفن قعد على قبره فبكى بكاء شديدا، ثم توفي آخر والثناء عليه حسن، فلما دفن قعد على قبره فضحك ضحكا شديدا، فأنكر أصحابه ذلك، فاجتمعوا إلى رأسهم، فقالوا: كيف تؤوي إليك هذا قاتل النفوس؟ وقد صنع ما رأيت فوقع في نفسه وأنفسهم فأتى إلى صاحبهم مرة من ذلك ومعه صاحب له فكلمه، فقال له: ما تأمروني؟ فقال: اذهب فأوقد تنورا، ففعل ثم أتاه بخبره أن قد فعل، قال: اذهب فألق نفسك فيها فلهى عنه الراهب وذهب الآخر فألقى نفسه في التنور، ثم استفاق الراهب، فقال: إني لأظن الرجل قد ألقى نفسه في التنور بقولي له، فذهب إليه فوجده حيا في التنور يعرق فأخذ بيده فأخرجه من التنور، فقال: ما ينبغي أن تخدمني ولكن أنا أخدمك أخبرني عن بكائك على المتوفى الأول، وعن ضحك على الآخر، قال: أما الأول فإنه لما دفن رأيت ما يلقى من الشر فذكرت ذنوبي فبكيت، وأما الآخر فإني رأيت ما يلقى به من الخير فضحكت، وكان بعد ذلك من عظماء بني إسرائيل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki daripada Bani Israel membunuh sembilan puluh tujuh nyawa, lalu dia pergi kepada seorang rahib lantas berkata: “Sesungguhnya aku telah membunuh sembilan puluh tujuh nyawa, adakah kamu mendapati ada taubat untukku?”. Dia menjawab: “Tidak”. Maka dia pun membunuh rahib itu. Kemudian dia pergi kepada rahib yang lain pula lalu berkata: “Sesungguhnya aku telah membunuh sembilan puluh lapan nyawa, adakah kamu mendapati ada taubat untukku?”. Dia menjawab: “Tidak”. Maka dia pun membunuhnya. Kemudian dia pergi kepada yang ketiga lalu berkata: “Sesungguhnya aku telah membunuh sembilan puluh sembilan nyawa, antara mereka ada dua orang rahib. Adakah kamu mendapati ada taubat untukku?”. Dia menjawab: “Sesungguhnya kamu telah melakukan keburukan. Jikalau aku berkata: Sesungguhnya Allah bukan Maha Pengampun lagi Maha Pengasih, nescaya aku telah berdusta. Maka bertaubatlah kamu kepada Allah”. Lalu dia berkata: “Adapun aku, aku tidak akan meninggalkanmu selepas ucapanmu ini”. Lalu dia pun mendampinginya dengan tidak melanggar perintahnya dan dia berkhidmat untuknya. Pada satu hari, ada seorang lelaki mati dalam keadaan perkataan orang kepadanya adalah buruk. Apabila dia dikebumikan, dia duduk di kuburnya lalu menangis dengan tangisan yang kuat. Kemudian seorang lagi lelaki mati dalam keadaan pujian kepadanya adalah baik. Apabila dia dikebumikan, dia duduk di kuburnya lalu dia ketawa dengan kuat. Para sahabatnya mengingkari perbuatannya itu, lalu mereka berkumpul di kepala mereka. Lalu mereka berkata: “Bagaimanakah kamu boleh melindungi pembunuh bersiri ini, sedangkan dia telah buat apa yang kamu sendiri lihat?”. Maka terdetik (sesuatu) dalam fikirannya dan fikiran mereka, lalu dia pergi kepada kawan mereka sekali bersama seorang lagi kawannya lantas dia memberitahunya dan berkata: “Apakah perintahmu kepadaku?”. Lalu dia berkata: “Pergilah dan nyalakan dapur tanah”. Dia pun melaksanakannya, lalu dia datang dengan berita bahawa dia telah selesai. Dia berkata: “Pergilah dan campakkan dirimu ke dalamnya”. Lalu rahib itu terlupa tentangnya manakala seorang lagi pergi dan mencampakkan dirinya ke dalam dapur tanah tersebut. Kemudian rahib itu tersedar lalu berkata: “Sesungguhnya aku menyangka yang lelaki itu mencampakkan dirinya ke dalam dapur tanah itu kerana kata-kataku kepadanya”. Lantas dia pergi dan mendapatinya masih hidup dalam dapur tanah tersebut dalam keadaan berpeluh. Lalu dia menarik dengan tangannya dan mengeluarkannya daripada dapur tanah itu. Maka dia pun berkata: “Kamu tidak patut berkhidmat kepadaku. Tetapi akulah yang berkhidmat kepadamu. Beritahulah kepadaku tentang tangisanmu kepada orang mati yang pertama daan tentang tawamu kepada seorang lagi itu”. Dia menjawab: “Adapun si mati yang pertama, sesungguhnya ketika dia dikebumikan, aku melihat keburukan yang dilontar kepadanya, lalu aku teringat akan dosa-dosaku maka aku pun menangis. Manakala yang seorang lagi, sesungguhnya aku melihat kebaikan yang dilontarkan kepadanya maka aku tertawa”. Setelah itu, dia menjadi antara pembesar Bani Israel.

STATUS

Munkar dengan konteks ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 576-577, hadis nombor 2970. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق) عن أبي زمعة البلوي، قال: قال ﷺ: «قتل رجل من بني إسرائيل سبعة وتسعين ‌نفسا فذهب إلى ‌راهب، فقال: إني قتلت سبعة وتسعين ‌نفسا فهل تجد لي من توبة؟ قال: لا، فقتل الراهب. ثم ذهب إلى ‌راهب آخر، فقال: إني قتلت ثمانية وتسعين ‌نفسا، فهل تجد لي من توبة؟ قال: لا، فقتله، ثم ذهب إلى الثالث، فقال: إني قتلت تسعة وتسعين ‌نفسا منهم راهبان، فهل تجد لي من توبة؟ فقال: لقد عملت شرا ولئن قلت: إن الله ليس بغفور رحيم لقد كذبت فتب إلى الله، قال: أما أنا فلا أفارقك بعد قولك هذا، فلزمه على أن لا يعصيه فكان يخدمه في ذلك، وهلك يوما رجل والثناء عليه قبيح، فلما دفن قعد على قبره فبكى بكاء شديدا، ثم توفي آخر والثناء عليه حسن، فلما دفن قعد على قبره فضحك ضحكا شديدا، فأنكر أصحابه ذلك، فاجتمعوا إلى رأسهم، فقالوا: كيف تؤوي إليك هذا قاتل النفوس؟ وقد صنع ما رأيت فوقع في نفسه وأنفسهم فأتى إلى صاحبهم مرة من ذلك ومعه صاحب له فكلمه، فقال له: ما تأمروني؟ فقال: اذهب فأوقد تنورا، ففعل ثم أتاه بخبره أن قد فعل، قال: اذهب فألق نفسك فيها فلهى عنه الراهب وذهب الآخر فألقى نفسه في التنور، ثم استفاق الراهب، فقال: إني لأظن الرجل قد ألقى نفسه في التنور بقولي له، فذهب إليه فوجده حيا في التنور يعرق فأخذ بيده فأخرجه من التنور، فقال: ما ينبغي أن تخدمني ولكن أنا أخدمك أخبرني عن بكائك على المتوفى الأول، وعن ضحك على الآخر، قال: أما الأول فإنه لما دفن رأيت ما يلقى من الشر فذكرت ذنوبي فبكيت، وأما الآخر فإني رأيت ما يلقى به من الخير فضحكت، وكان بعد ذلك من عظماء بني إسرائيل». [طب، «الضعيفة» (6691)].

(Munkar Dengan Konteks Ini) Daripada Abu Zam’ah al-Balawi, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: Seorang lelaki daripada Bani Israel membunuh sembilan puluh tujuh nyawa, lalu dia pergi kepada seorang rahib lantas berkata: “Sesungguhnya aku telah membunuh sembilan puluh tujuh nyawa, adakah kamu mendapati ada taubat untukku?”. Dia menjawab: “Tidak”. Maka dia pun membunuh rahib itu. Kemudian dia pergi kepada rahib yang lain pula lalu berkata: “Sesungguhnya aku telah membunuh sembilan puluh lapan nyawa, adakah kamu mendapati ada taubat untukku?”. Dia menjawab: “Tidak”. Maka dia pun membunuhnya. Kemudian dia pergi kepada yang ketiga lalu berkata: “Sesungguhnya aku telah membunuh sembilan puluh sembilan nyawa, antara mereka ada dua orang rahib. Adakah kamu mendapati ada taubat untukku?”. Dia menjawab: “Sesungguhnya kamu telah melakukan keburukan. Jikalau aku berkata: Sesungguhnya Allah bukan Maha Pengampun lagi Maha Pengasih, nescaya aku telah berdusta. Maka bertaubatlah kamu kepada Allah”. Lalu dia berkata: “Adapun aku, aku tidak akan meninggalkanmu selepas ucapanmu ini”. Lalu dia pun mendampinginya dengan tidak melanggar perintahnya dan dia berkhidmat untuknya. Pada satu hari, ada seorang lelaki mati dalam keadaan perkataan orang kepadanya adalah buruk. Apabila dia dikebumikan, dia duduk di kuburnya lalu menangis dengan tangisan yang kuat. Kemudian seorang lagi lelaki mati dalam keadaan pujian kepadanya adalah baik. Apabila dia dikebumikan, dia duduk di kuburnya lalu dia ketawa dengan kuat. Para sahabatnya mengingkari perbuatannya itu, lalu mereka berkumpul di kepala mereka. Lalu mereka berkata: “Bagaimanakah kamu boleh melindungi pembunuh bersiri ini, sedangkan dia telah buat apa yang kamu sendiri lihat?”. Maka terdetik (sesuatu) dalam fikirannya dan fikiran mereka, lalu dia pergi kepada kawan mereka sekali bersama seorang lagi kawannya lantas dia memberitahunya dan berkata: “Apakah perintahmu kepadaku?”. Lalu dia berkata: “Pergilah dan nyalakan dapur tanah”. Dia pun melaksanakannya, lalu dia datang dengan berita bahawa dia telah selesai. Dia berkata: “Pergilah dan campakkan dirimu ke dalamnya”. Lalu rahib itu terlupa tentangnya manakala seorang lagi pergi dan mencampakkan dirinya ke dalam dapur tanah tersebut. Kemudian rahib itu tersedar lalu berkata: “Sesungguhnya aku menyangka yang lelaki itu mencampakkan dirinya ke dalam dapur tanah itu kerana kata-kataku kepadanya”. Lantas dia pergi dan mendapatinya masih hidup dalam dapur tanah tersebut dalam keadaan berpeluh. Lalu dia menarik dengan tangannya dan mengeluarkannya daripada dapur tanah itu. Maka dia pun berkata: “Kamu tidak patut berkhidmat kepadaku. Tetapi akulah yang berkhidmat kepadamu. Beritahulah kepadaku tentang tangisanmu kepada orang mati yang pertama daan tentang tawamu kepada seorang lagi itu”. Dia menjawab: “Adapun si mati yang pertama, sesungguhnya ketika dia dikebumikan, aku melihat keburukan yang dilontar kepadanya, lalu aku teringat akan dosa-dosaku maka aku pun menangis. Manakala yang seorang lagi, sesungguhnya aku melihat kebaikan yang dilontarkan kepadanya maka aku tertawa”. Setelah itu, dia menjadi antara pembesar Bani Israel. [al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6691].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs