Seorang lelaki daripada ahli syurga berdarjat tinggi akan menjenguk

TEKS BAHASA ARAB

إن الرجل من أهل عليين ليشرف على أهل الجنة؛ فتضيء أهل الجنة لوجهه كأنها ‌كوكب ‌دري. وإن أبا بكر وعمر لمنهم، وأنعما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki daripada ahli syurga berdarjat tinggi akan menjenguk ahli syurga yang lain. Lalu ia menyinari ahli syurga kerana wajahnya seolah-olah ia merupakan suatu bintang yang bersinar. Abu Bakar dan Umar adalah antaranya dan mereka berdua diberikan nikmat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 661, hadis nombor 3412. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه- :أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((إن الرجل من أهل عليين ليشرف على أهل الجنة؛ فتضيء أهل الجنة لوجهه كأنها ‌كوكب ‌دري. وإن أبا بكر وعمر لمنهم، وأنعما)). [د، ع، ((الضعيفة)) (3007)]

(Lemah) Daripada Abu Said al-Khudri RA bahawa Nabi SAW berkata: “Seorang lelaki daripada ahli syurga berdarjat tinggi akan menjenguk ahli syurga yang lain. Lalu ia menyinari ahli syurga kerana wajahnya seolah-olah ia merupakan suatu bintang yang bersinar. Abu Bakar dan Umar adalah antaranya dan mereka berdua diberikan nikmat.” [Riwayat Abu Daud dalam al-Sunan, Abu Ya’la dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3007]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs