Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يدخلُ عليكم رجلٌ من أهلِ الجنةِ فدخلَ سعدٌ، قال ذلكَ في ثلاثةِ أيامٍ، كلُّ ذلكَ يدخلُ سعدٌ.
Teks Bahasa Melayu
Akan masuk menemui kamu seorang lelaki dari ahli syurga, lalu masuklah Sa'ad. Baginda menyebutkan perkara sama 3 hari berturut-turut, kesemuanya dimasuki oleh Sa'ad.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 706, hadis no. 3613. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Ibn 'Umar RA berkata: Baginda SAW bersabda: Akan masuk menemui kamu seorang lelaki dari ahli syurga, lalu masuklah Sa'ad. Baginda menyebutkan perkara sama 3 hari berturut-turut, kesemuanya dimasuki oleh Sa'ad. [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6772].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman