Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الرَّجُل مِنْ أَهْل الْجَنَّة لَيُزَوَّج خَمْسمِائَةِ حَوْرَاء، وأَرْبَعَة آلَاف بِكْر، وَثَمَانِيَة آلَاف ثَيِّب، يعُانِقَ كلَّ واحدةٍ مِنْهُنَّ مِقْدارَ عُمُرِهِ في الدنيا.
Teks Bahasa Melayu
Seorang lelaki dari ahli syurga akan berkahwin dengan 500 orang bidadari dan 4000 anak dara serta 8000 orang janda. Dia akan melayan mereka seorang demi seorang dengan kadar umurnya di dunia.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abi Aufa RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 687, hadis no. 3532. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Abdullah bin Abi Aufa RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Seorang lelaki dari ahli syurga akan berkahwin dengan 500 orang bidadari dan 4000 anak dara serta 8000 orang janda. Dia akan melayan mereka seorang demi seorang dengan kadar umurnya di dunia.” [Riwayat al-Baihaqi dalam al-Ba’th. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6103]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman