Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Seorang lelaki dalam kalangan Bani Umayyah di Mesir yang dilantik menjadi sultan

Teks Bahasa Arab

إنَّهُ سيَكونُ رجُلٌ من بَني أميَّةَ بـ(مِصرَ) أخنس يلي سلطانًا، ثمَّ يُغلَبُ على سلطانِهِ أو يُنزَعُ منهُ، ثمَّ يفرُّ إلى الرُّومِ، فيأتي بالرُّومِ إلى (وفي روايةٍ: فيأتي بِهِمُ الإسكندريَّةَ، فيقاتِلُ) أَهْلَ الإسلامِ بِها، فتلكَ أوَّلُ الملاحمِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya akan ada seorang lelaki dalam kalangan Bani Umayyah di Mesir yang berbatang hidung kecil dan lubang hidung besar yang dilantik menjadi sultan, kemudian kerajaannya akan digulingkan atau dipecat. Kemudian dia pun lari ke Rom, lalu melalui Rom (dalam riwayat lain: dia datang kepada penduduk al-Iskandariyyah, lalu dia serang) dia akan datang kepada penduduk Islam di sana, maka itulah peperangan besar-besaran pertama.

Sahabat Perawi

  1. Abu Zar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1366, hadis no. 6961. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي ذر رضي الله عنه يقول أنه سمع رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول: إنه سيكون رجل من بني أمية بـ (مصر) أخنس يلي سلطانا، ثم يغلب على سلطانه أو ينزع منه، ثم يفر إلى الروم، فيأتي بالروم إلى (وفي رواية: فيأتي بهم الإسكندرية، فيقاتل) أهل الإسلام بها، فتلك أول الملاحم. [طس، ((الضعيفة)) (5898)]

(Lemah) Daripada Abi Zar RA, daripada Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya akan ada seorang lelaki dalam kalangan Bani Umayyah di Mesir yang berbatang hidung kecil dan lubang hidung besar yang dilantik menjadi sultan, kemudian kerajaannya akan digulingkan atau dipecat. Kemudian dia pun lari ke Rom, lalu melalui Rom (dalam riwayat lain: dia datang kepada penduduk al-Iskandariyyah, lalu dia serang) dia akan datang kepada penduduk Islam di sana, maka itulah peperangan besar-besaran pertama. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5898]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.