Munkar Dengan Turutan Ini

30/06/2024

minit bacaan



Seorang lelaki dalam kalangan Bani Israil telah membunuh 97 orang

Teks Bahasa Arab

قَتَلَ رجلٌ من بني إسرائيلَ سبعةً وتسعينَ نَفْسًا فذهبَ إلى راهبٍ فقال: إني قتلتُ سبعةً وتسعينَ نَفْسًا فهل تجدُ لي من توبةٍ؟ قال: لا. فقَتَلَ الراهبَ، ثم ذهبَ إلى راهبٍ آخرَ فقال: إني قتلتُ ثمانيةً وتسعينَ نَفْسًا فهل تجدُ لي من توبةٍ؟ قال: لا. فقتلهُ. ثم ذهبَ إلى الثالثِ فقال: إني قتلتُ تسعةً وتسعينَ نَفْسًا منهم راهبانِ فهل تجدُ لي من توبةٍ؟ فقال: لقد عملتَ شرًّا، ولئن قلتُ إنَّ اللهَ ليسَ بغفورٍ رحيمٍ لقد كذبتُ فتُبْ إلى اللهِ. قال: أمَّا أنا فلا أُفارقُك بعدَ قولِكَ هذا، فلزِمهُ على أن لا يَعصيَه فكان يخدمُهُ في ذلكَ، وهلكَ يومًا رجلٌ والثناءُ عليهِ قبيحٌ فلمَّا دُفِنَ قعدَ على قبرِه فبكى بكاءً شديدًا ثم تُوفِّي آخرُ والثناءُ عليهِ حسنٌ فلمَّا دُفِنَ قعدَ على قبرِه فضحكَ ضحكًا شديدًا فأنكرَ أصحابُهُ ذلك فاجتمعوا إلى رأسِهم فقالوا: كيف تُؤوي إليكَ هذا قاتلُ النفوسِ وقد صنعَ ما رأيتَ؟ فوقعَ في نفسِه وأنفسِهم فأَتَى إلى صاحبِهم مرةً من ذلك ومعَه صاحبٌ له فكلَّمهُ فقال له: ما تَأمرُني؟ فقال: اذهبْ فأوقدْ تَنُّورًا ففعلَ ثم أتاهُ يُخبرُه أنه قد فعلَ، قال: اذهبْ فأَلْقِ نَفْسَكَ فيها. فَلَهِىَ عنهُ الراهبُ وذهبَ الآخرُ فأَلْقَى نفسَه في التَّنُّورِ ثم استفاقَ الراهبُ فقال: إني لأظنُّ الرجلَ قد أَلْقَى نفسَه في التَّنُّورِ بقوْلِي له، فذهبَ إليهِ فوجدَهُ حيًّا في التَّنُّورِ يعرقُ، فأخذَ بيدِه فأخرجهُ من التَّنُّورِ فقال: ما ينبغي أن تَخدمَني ولكن أنا أخدمُكَ، أَخبرني عن بكائِكَ على المُتوفَّى الأولِ، وعن ضحكِكَ على الآخرِ، قال: أمَّا الأولُ: فإنه لمَّا دُفِنَ رأيتُ ما يَلقى به من الشرِّ، فذكرتُ ذنوبي فبكيتُ، وأمَّا الآخرُ: فإني رأيتُ ما يَلقى به من الخيرِ، فضحكتُ، وكان بعدَ ذلك من عظماءِ بني إسرائيلَ.

Teks Bahasa Melayu

Seorang lelaki dalam kalangan Bani Israil telah membunuh 97 orang. Dia kemudian pergi menemui seorang pendeta dan berkata: Sesungguhnya aku telah membunuh 97 orang, adakah kamu dapati aku boleh bertaubat? Pendeta itu berkata: Tidak. Lalu dia membunuh pendeta tersebut. Kemudiannya dia pergi menemui pendeta yang lain dan berkata: Sesungguhnya aku telah membunuh 98 orang, adakah kamu dapati aku boleh bertaubat? Pendeta itu berkata: Tidak. Lalu dia membunuh pendeta tersebut. Kemudian, dia pergi menemui pendeta yang ketiga dan berkata: Sesungguhnya aku telah membunuh 99 orang, dua daripadanya ialah pendeta, adakah kamu dapati aku boleh bertaubat? Pendeta itu berkata: Sungguh kamu telah berbuat kejahatan, tentu saja jika aku katakan: Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali mengampunkan dan mengasihani, sungguh aku telah berdusta, maka bertaubatlah kamu kepada Allah. Lelaki itu berkata: Adapun aku tidak meninggalkanmu selepas mendengar perkataanmu tadi. Lalu lelaki itu melazimi pendeta tersebut untuk tidak mengingkarinya. Lelaki itu berkhidmat kepada pendeta itu untuk bertaubat. Pada suatu hari, ada seorang lelaki meninggal dunia sedangkan kata-kata terhadapnya adalah buruk. Ketika lelaki itu dikebumikan, lelaki (pembunuh) itu duduk di sisi kuburnya lalu menangis dengan semahu-mahunya. Kemudian, ada seorang lelaki yang lain meninggal dunia dan kata-kata terhadapnya adalah baik. Ketika lelaki itu dikebumikan, lelaki (pembunuh) itu duduk di sisi kuburnya lalu ketawa terbahak-bahak. Rakan-rakannya (si mati) *berasa pelik dengan perkara itu, lalu mereka bertemu dengan ketua mereka (pendeta). Mereka berkata: Bagaimanakah kamu memberikan tempat perlindungan kepada pembunuh ini, sedangkan dia telah berbuat perkara sebagaimana yang kamu lihat? Berlaku sesuatu pada jiwanya dan jiwa mereka. Pendeta itu bertemu rakan mereka (si pembunuh) dan bersamanya seorang rakannya. Pendeta itu berkata kepada lelaki (pembunuh) itu, lalu lelaki itu berkata: Apa yang kamu ingin suruh aku lakukan? Pendeta itu berkata: Pergilah kamu nyalakan api pada tungku api. Lelaki itu melakukannya kemudian datang semula kepada pendeta tersebut untuk memberitahunya bahawa dia telah melakukannya. Pendeta itu berkata: Pergilah kamu dan lemparkan dirimu ke dalamnya. Pendeta itu lalu mengalihkan perhatian daripadanya manakala yang lain pergi dan lelaki itu melemparkan dirinya ke dalam tungku api tersebut. Kemudian, pendeta tersebut menyedari hal tersebut seraya berkata: Sesungguhnya aku merasakan bahawa lelaki tersebut melemparkan dirinya ke dalam tungku api tersebut kerana perkataanku. Pendeta tersebut pergi menuju kepada lelaki itu dan mendapati lelaki itu masih hidup bercucuran keringat di dalam tungku api. Pendeta tersebut menolongnya lalu mengeluarkannya daripada tungku api tersebut. Pendeta itu berkata: Tidak sepatutnya kamu berkhidmat kepadaku akan tetapi aku yang akan berkhidmat pada kamu, khabarkan kepada aku alasan tangismu ke atas si mati yang pertama dan tawamu kepada yang satu lagi. Lelaki itu berkata: Adapun si mati yang pertama, sesungguhnya ketika dikebumikan aku melihat dia dilempar dengan kata-kata buruk. Lalu aku teringat akan dosa-dosaku, lalu aku menangis. Adapun si mati yang satu lagi, sesungguhnya aku melihat dia diberi pujian lalu saya ketawa. Lelaki tersebut selepas daripada peristiwa tersebut menjadi salah seorang orang kenamaan dalam kalangan Bani Israil.

Sahabat Perawi

  1. Abu Zam'ah al-Balawi

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar Dengan Turutan Ini

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2069, hadis no. 10393. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق) عن أبي زمعة البلوي، قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: قتل رجل من بني إسرائيل سبعة وتسعين نفسا، فذهب إلى راهب فقال: إني قتلت سبعة وتسعين نفسا؛ فهل تجد لي من توبة؟ قال: لا، فقتل الراهب، ثم ذهب إلى راهب آخر فقال: إني قتلت ثمانية وتسعين نفسا؛ فهل تجد لي من توبة؟ قال: لا، فقتله. ثم ذهب إلى الثالث، فقال: إني قتلت تسعة وتسعين نفسا منهم راهبان؛ فهل تجد لي من توبة؟ فقال: لقد عملت شرا، ولئن قلت إن الله ليس بغفور رحيم لقد كذبت؛ فتب إلى الله. قال: أما أنا فلا أفارقك بعد قولك هذا. فلزمه على أن لا يعصيه فكان يخدمه في ذلك، وهلك يوما رجل والثناء عليه قبيح، فلما دفن؛ قعد على قبره، فبكى بكاء شديدا ثم توفي آخر والثناء عليه حسن، فلما دفن؛ قعد على قبره فضحك ضحكا شديدا، فأنكر أصحابه ذلك؛ فاجتمعوا إلى رأسهم فقالوا: كيف تؤوي إليك هذا قاتل النفوس وقد صنع ما رأيت؟ فوقع في نفسه وأنفسهم، فأتى إلى صاحبهم مرة من ذلك ومعه صاحب له فكلمه، فقال له: ما تأمرني؟ فقال: اذهب فأوقد تنورا. ففعل ثم أتاه يخبره أنه قد فعل، قال: اذهب فألق نفسك فيها. فلهى عنه الراهب وذهب الآخر فألقى نفسه في التنور، ثم استفاق الراهب، فقال: إني لأظن الرجل قد ألقى نفسه في التنور بقولي له. فذهب إليه فوجده حيا في التنور يعرق، فأخذ بيده فأخرجه من التنور، فقال: ما ينبغي أن تخدمني، ولكن أنا أخدمك، أخبرني عن بكائك على المتوفى الأول، وعن ضحكك على الآخر، قال: أما الأول: فإنه لما دفن رأيت ما يلقى به من الشر؛ فذكرت ذنوبي فبكيت، وأما الآخر: فإني رأيت ما يلقى به من الخير؛ فضحكت، وكان بعد ذلك من عظماء بني إسرائيل. [طب، ((الضعيفة)) (6691)]

(Munkar Dengan Turutan Ini) Daripada Abū Zam‘ah al-Balawī, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Seorang lelaki dalam kalangan Bani Israil telah membunuh 97 orang. Dia kemudian pergi menemui seorang pendeta dan berkata: Sesungguhnya aku telah membunuh 97 orang, adakah kamu dapati aku boleh bertaubat? Pendeta itu berkata: Tidak. Lalu dia membunuh pendeta tersebut. Kemudiannya dia pergi menemui pendeta yang lain dan berkata: Sesungguhnya aku telah membunuh 98 orang, adakah kamu dapati aku boleh bertaubat? Pendeta itu berkata: Tidak. Lalu dia membunuh pendeta tersebut. Kemudian, dia pergi menemui pendeta yang ketiga dan berkata: Sesungguhnya aku telah membunuh 99 orang, dua daripadanya ialah pendeta, adakah kamu dapati aku boleh bertaubat? Pendeta itu berkata: Sungguh kamu telah berbuat kejahatan, tentu saja jika aku katakan: Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali mengampunkan dan mengasihani, sungguh aku telah berdusta, maka bertaubatlah kamu kepada Allah. Lelaki itu berkata: Adapun aku tidak meninggalkanmu selepas mendengar perkataanmu tadi. Lalu lelaki itu melazimi pendeta tersebut untuk tidak mengingkarinya. Lelaki itu berkhidmat kepada pendeta itu untuk bertaubat. Pada suatu hari, ada seorang lelaki meninggal dunia sedangkan kata-kata terhadapnya adalah buruk. Ketika lelaki itu dikebumikan, lelaki (pembunuh) itu duduk di sisi kuburnya lalu menangis dengan semahu-mahunya. Kemudian, ada seorang lelaki yang lain meninggal dunia dan kata-kata terhadapnya adalah baik. Ketika lelaki itu dikebumikan, lelaki (pembunuh) itu duduk di sisi kuburnya lalu ketawa terbahak-bahak. Rakan-rakannya (si mati) *berasa pelik dengan perkara itu, lalu mereka bertemu dengan ketua mereka (pendeta). Mereka berkata: Bagaimanakah kamu memberikan tempat perlindungan kepada pembunuh ini, sedangkan dia telah berbuat perkara sebagaimana yang kamu lihat? Berlaku sesuatu pada jiwanya dan jiwa mereka. Pendeta itu bertemu rakan mereka (si pembunuh) dan bersamanya seorang rakannya. Pendeta itu berkata kepada lelaki (pembunuh) itu, lalu lelaki itu berkata: Apa yang kamu ingin suruh aku lakukan? Pendeta itu berkata: Pergilah kamu nyalakan api pada tungku api. Lelaki itu melakukannya kemudian datang semula kepada pendeta tersebut untuk memberitahunya bahawa dia telah melakukannya. Pendeta itu berkata: Pergilah kamu dan lemparkan dirimu ke dalamnya. Pendeta itu lalu mengalihkan perhatian daripadanya manakala yang lain pergi dan lelaki itu melemparkan dirinya ke dalam tungku api tersebut. Kemudian, pendeta tersebut menyedari hal tersebut seraya berkata: Sesungguhnya aku merasakan bahawa lelaki tersebut melemparkan dirinya ke dalam tungku api tersebut kerana perkataanku. Pendeta tersebut pergi menuju kepada lelaki itu dan mendapati lelaki itu masih hidup bercucuran keringat di dalam tungku api. Pendeta tersebut menolongnya lalu mengeluarkannya daripada tungku api tersebut. Pendeta itu berkata: Tidak sepatutnya kamu berkhidmat kepadaku akan tetapi aku yang akan berkhidmat pada kamu, khabarkan kepada aku alasan tangismu ke atas si mati yang pertama dan tawamu kepada yang satu lagi. Lelaki itu berkata: Adapun si mati yang pertama, sesungguhnya ketika dikebumikan aku melihat dia dilempar dengan kata-kata buruk. Lalu aku teringat akan dosa-dosaku, lalu aku menangis. Adapun si mati yang satu lagi, sesungguhnya aku melihat dia diberi pujian lalu saya ketawa. Lelaki tersebut selepas daripada peristiwa tersebut menjadi salah seorang orang kenamaan dalam kalangan Bani Israil. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6691]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.