Seorang lelaki bertandang ke rumah seorang lelaki dari kalangan Bani Israel

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ضاف ضيف رجلا من بني إسرائيل، وفي داره كلبة مجح، فقالت الكلبة : والله ! لا أنبح ضيف أهلي، قال : فعوى جراؤها في بطنها، قال : قيل : ما هذا ؟ قال : فأوحى الله عز وجل إلى رجل منهم : هذا مثل أمة تكون من بعدكم، يقهر سفهاؤها حلماءها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki bertandang ke rumah seorang lelaki dari kalangan Bani Israel, dirumahnya terdapat seekor anjing yang bunting. Anjing itu berkata: Demi Allah, aku tidak akan menggigit tetamu keluargaku. Dia (perawi) berkata: Kemudian anak di dalam kandungannya mula menjerit (menunjukkan tanda) hendak keluar. Dikatakan: Apakah ini? Dia (perawi) berkata: Lalu Allah SWT mewahyukan kepada salah seorang daripada mereka: Hal ini seperti keadaan umat selepas kamu di mana golongan yang bebal (dan sombong) dari kalangan mereka suka memaksa golongan yang lemah-lembut dari kalangan mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 69, hadis nombor 321. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما- مرفوعاً: ((ضاف ‌ضيف ‌رجلاً ‌من ‌بني ‌إسرائيل، ‌وفي ‌داره ‌كلبة ‌مجح، ‌فقالت ‌الكلبة: ‌والله! ‌لا ‌أنبح ‌ضيف ‌أهلي، ‌قال: ‌فعوى ‌جراؤها ‌في ‌بطنها، ‌قال: ‌قيل: ‌ما ‌هذا؟ ‌قال: ‌فأوحى ‌الله ‌عز ‌وجل ‌إلى ‌رجل ‌منهم: ‌هذا ‌مثل ‌أمة ‌تكون ‌من ‌بعدكم، يقهر سفهاؤها حلماءها)).
[حم، ((الضعيفة)) (‌‌3812)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah ibn ‘Amr RA secara marfū‘: “Seorang lelaki bertandang ke rumah seorang lelaki dari kalangan Bani Israel, dirumahnya terdapat seekor anjing yang bunting. Anjing itu berkata: Demi Allah, aku tidak akan menggigit tetamu keluargaku. Dia (perawi) berkata: Kemudian anak di dalam kandungannya mula menjerit (menunjukkan tanda) hendak keluar. Dikatakan: Apakah ini? Dia (perawi) berkata: Lalu Allah SWT mewahyukan kepada salah seorang daripada mereka: Hal ini seperti keadaan umat selepas kamu di mana golongan yang bebal (dan sombong) dari kalangan mereka suka memaksa golongan yang lemah-lembut dari kalangan mereka.”
[Riwayat Aḥmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3812).

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.