Seorang lelaki berjanji dan memang dia berniat untuk datang, dia bukanlah mungkir janji (jika dia tidak dapat hadir)

TEKS BAHASA ARAB

ليس الخلف أن يعد الرجل ومن نيته أن يجيء، ولكن الخلف [أن يعد الرجل] ومن نيته أن لا يجيء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bukanlah mungkir janji sekiranya seorang lelaki itu berjanji untuk datang dan memang dia berniat untuk datang, akan tetapi mungkir janji itu adalah (apabila seorang lelaki berjanji untuk datang namun niat dihatinya dia tidak akan datang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 80, hadis nombor 398. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زيد بن أرقم – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ليس الخلف أن يعد الرجل ومن نيته أن يجيء، ولكن الخلف [أن يعد الرجل] ومن نيته أن لا يجيء)). [الضياء في ((جزء من حديثه))، ((الضعيفة)) (4373)].

(Lemah)
Daripada Zaid bin Arqam RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Bukanlah mungkir janji sekiranya seorang lelaki itu berjanji untuk datang dan memang dia berniat untuk datang, (namun tidak dapat datang), akan tetapi mungkir janji itu adalah (apabila seorang lelaki berjanji untuk datang namun niat dihatinya dia tidak akan datang.))
[Riwayat al-Dhiya’ dalam Juzu’ daripada hadis beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4373].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.