Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَيْسَ الخُلْفُ أَنْ يَعِدَ الرَجُلُ ومِنْ نِيَّتِهِ أَنْ يَجِيْءَ، وَلَكِنَّ الخُلْفَ [أَنْ يَعِدَ الرَجُلُ] ومِنْ نِيَّتِهِ أَنْ لَا يَجِيْءُ.
Teks Bahasa Melayu
Bukanlah mungkir janji sekiranya seorang lelaki itu berjanji untuk datang dan memang dia berniat untuk datang, akan tetapi mungkir janji itu adalah (apabila seorang lelaki berjanji untuk datang namun niat dihatinya dia tidak akan datang.
Sahabat Perawi
- Zaid bin Arqam RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 80, hadis no. 398. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن زيد بن أرقم - رضي الله عنه - مرفوعا: ((ليس الخلف أن يعد الرجل ومن نيته أن يجيء، ولكن الخلف [أن يعد الرجل] ومن نيته أن لا يجيء)). [الضياء في ((جزء من حديثه))، ((الضعيفة)) (4373)].
(Daif) Daripada Zaid bin Arqam RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Bukanlah mungkir janji sekiranya seorang lelaki itu berjanji untuk datang dan memang dia berniat untuk datang, (namun tidak dapat datang), akan tetapi mungkir janji itu adalah (apabila seorang lelaki berjanji untuk datang namun niat dihatinya dia tidak akan datang.)) [Riwayat al-Dhiya’ dalam Juzu’ daripada hadis beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4373].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman